Itali Tolak Cadangan Ganti Iran Dalam World Cup, Tak Mahu Layak Ikut ‘Pintu Belakang’
Itali gagal layak dan tidak beraksi di pentas Piala Dunia sejak tahun 2014.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pegawai sukan Itali menyifatkan tidak wajar untuk menggantikan Iran di Piala Dunia FIFA 2026
Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu telah dibangkitkan susulan cadangan berkenaan dikemukakan seorang diplomat Amerika Syarikat.
Individu tersebut, Paolo Zampolli dilaporkan memberitahu Financial Times bahawa dia telah mengemukakan idea tersebut kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan presiden FIFA, Gianni Infantino.
Kedudukan Iran dalam kejohanan itu menjadi persoalan selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara ke atas negara terbabit pada penghujung Februari lalu.
Trump sebelum ini memberi sesuatu isyarat akan penyertaan Iran apabila menyatakan mereka "dialu-alukan", namun pada masa sama melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pasukan itu.

Paolo Zampolli.
Image via ABC NewsPihak di bahagian Itali menolak keras cadangan tersebut
Menteri Sukan Itali, Andrea Abodi memaklumkan menolak keras idea untuk kembali ke Piala Dunia dengan cara 'pintu belakang'.
"Kemungkinan Itali layak semula ke Piala Dunia 2026… pertama, ia tidak mungkin berlaku dan kedua, ia tidak wajar.
"Saya tidak tahu mana satu lebih utama. Kelayakan perlu ditentukan di atas padang," kata Abodi kepada Sky News.

Andrea Abodi.
Image via ABC NewsPresiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali, Luciano Buonfiglio, turut bersetuju dengan pendirian berkenaan.
"Pertama sekali, saya tidak fikir ia boleh berlaku. Kedua, saya akan rasa tersinggung. Untuk ke Piala Dunia, anda perlu layak dengan merit sendiri," kata Buonfiglio.
Menteri Ekonomi Itali, Giancarlo Giorgetti, pula menyifatkan cadangan itu sebagai 'memalukan'.

Menteri Ekonomi Itali, Giancarlo Giorgetti.
Image via ABC NewsLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 