Itali Kempunan Masuk World Cup 3 Kali Edisi Berturut-Turut, Kalah Final Play-Off

Kali terakhir Itali layak adalah pada edisi 2014.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Associated Press & FMT
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasukan bola sepak kebangsaan Itali sekali lagi gagal layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut

Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu disahkan apabila Itali tewas 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Bosnia-Herzegovina pada aksi final playoff, awal pagi tadi selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Itali bermula dengan langkah kanan apabila Moise Kean meletakkan pasukan di depan pada minit ke-15, sebelum terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Alessandro Bastoni dilayangkan kad merah tiga minit sebelum separuh masa.

Bosnia menyamakan kedudukan 11 minit sebelum tamat masa penuh menerusi Haris Tabakovic, sebelum Pio Esposito dan Bryan Cristante gagal menyempurnakan sepakan penalti menyebabkan Itali tewas dalam penentuan sepakan penalti.

SAYS.com
Image via Reuters

Itali beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-42 apabila Bastoni dihukum selepas melakukan terjahan lewat ke atas Amir Memic

Ia sekali gus membuka lebih banyak ruang dan peluang buat Bosnia untuk mencari gol penyamaan sebelum mengheret Itali ke masa tambahan.

Kesilapan penjaga gol Bosnia, Nikola Vasilj melakukan hantaran membuka ruang buat Itali apabila hantaran lemah itu jatuh ke kaki Nicolo Barella sebelum dia melorongkan bola kepada Kean yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan menghasilkan gol pertama perlawanan.

Aksi cemerlang Donnaruma sepanjang perlawanan akhirnya berjaya diatasi Bosnia melalui Tabakovic yang baru tujuh minit dimasukkan menjaringkan gol hasil bola muntah selepas tandukan Edin Dzeko diselamatkan.

Esposito terlebih dahulu gagal menyempurnakan sepakan penalti Itali sebelum Cristante turut gagal apabila percubaannya terkena palang, manakala Esmir Bajraktarevic memastikan Bosnia layak ke piala dunia.

SAYS.com
Image via myKhel

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik