Isu Terima Tugasan Berlebihan, Ini 7 Langkah KPM Gariskan Bagi Kurangkan Beban Guru
Difahamkan, ketika ini ramai guru dikatakan telah dibebani oleh masalah diganggu di luar waktu bertugas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah mengurangkan beban guru susulan isu guru menerima kerja berlebihan menggangu tugasan hakiki
Menerusi perkongsian menterinya, Fadhlina Sidek di Facebook, beliau memaklumkan isu yang berlaku sekian lama itu sememangnya telah menjadi fokusnya sejak berkhidmat di KPM.
"Saya mengambil perhatian penuh terhadap isu beban tugas guru seperti yang disuarakan oleh banyak pihak. Isu berpanjangan ini perlu penyelesaian yang tuntas dan menyeluruh.
"Sedari awal khidmat saya di Kementerian Pendidikan (KPM), isu ini sememangnya menjadi perhatian," katanya.
Tambah Fadhlina, pihaknya berharap kesemua agensi yang terlibat memastikan garis panduan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
"Saya minta semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan.
"Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dipertanggungjawab untuk memastikan inisiatif mengurangkan beban tugas guru berjalan seperti yang dirancang.
"Saya tuntut komitmen seluruh kepimpinan pendidikan di setiap peringkat untuk memastikan isu beban tugas guru ditangani bersama," katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Image via Fadhlina Sidek (Facebook)Lihat 7 senarai garis panduan tersebut di bawah:
- Memansuhkan penganjuran acara yang tidak berimpak tinggi
- Mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
- Waktu kunci masuk rekod kehadiran murid yang fleksibel
- Melantik pengawas peperiksaan awam dalam kalangan individu selain guru
- Mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja
- Menetapkan ringkasan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merangkumi elemen objektif
- Pengajaran dan refleksi serta memperkukuh autonomi guru dalam perancangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD)
Menurut Fadhlina, Inisiatif ini telah menunjukkan beberapa kejayaan signifikan termasuk lantikan seramai lebih 11,000 pengawas peperiksaan awam dalam kalangan orang awam sekaligus mengurangkan beban tugas guru.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 