Dapat 12K Saja Daripada 300K, Ini Laporan Penuh Isu Pengagihan Wang Mangsa Kemalangan DUKE

Semoga Allah bersama mereka yang benar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via www.malaysiandigest.com
Logo

[TERKINI] 'Selesaikan pertikaian atau kami ambil mereka' – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

**Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)** akan campur tangan sekiranya hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lalu, gagal diselesaikan anggota keluarga.

**Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim** meluahkan rasa kecewa dengan perebutan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan adiknya, Nur Firuza Aqilah, 5.

Rohani berkata, beberapa hari selepas tragedi anggota keluarga dua beradik itu telah sepakat menyerahkan hak penjagaan kepada seorang ahli keluarga, namun kini mereka pula bertelagah mendapatkan hak penjagaan

Tambahnya lagi, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat dan laporan lengkap berhubung keadaan dua beradik itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

18 Oktober: Satu siaran media telah diadakan oleh seorang wanita yang merupakan waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan di atas lebuhraya DUKE tahun lalu

**Yusnidah Hussain, 48**, kakak kepada **Allahyarham Fairuz Nizam, 35**, dalam satu kenyataan mendakwa anak saudaranya yang dijaganya kini hanya menerima RM12,000 daripada RM300,000 jumlah hasil sumbangan orang ramai yang terkumpul di dalam akaun bank dua adiknya yang lain.

Beliau memberitahu bahawa wang sebanyak itu diperolehi selepas dia membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lalu.

Nur Firuza Amira, 8 memeluk adiknya Nur Firuza Aqila, 4 setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan adik bongsunya tahun lalu.

Image via merdeka-online.com

Menurutnya lagi, disebabkan isu tersebut, hubungan beliau adik beradik berpecah belah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur

Bagaimanapun, pihak polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan atas sebab ini adalah isu keluarga.

Pihak polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlakunya pecah amanah.

Tahun lalu, **Muhammad Faizznur, 26** memberitahu media bahawa beliau akan mengambil alih tugas kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu selepas kematian abangnya. Namun, menurut Yusnidah, sehingga kini beliau sekalipun tidak pernah menanya khabar dan menjenguk anak-anak buahnya itu.

Isu menjadi semakin hangat. Ramai netizen mengelar tindakan saudara Faizznur dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang tamak dan kejam

Bukan itu sahaja, gambar majlis perkahwinan beliau yang berlangsung pada tahun lalu juga mula tersebar di laman Twitter. Ramai yang membuat andaian bahawa kononnya duit sumbangan orang ramai yang diperoleh itu digunakan untuk majlis tersebut.

Setelah dikecam teruk, akhirnya saudara Faizznur mengeluarkan kenyataan beliau di laman Facebook. Menurutnya, beliau telah difitnah dan media sosial bukanlah medium terbaik untuk merungkai permasalahan ini.

Andaian Faizznur bahawa orang ramai akan menyebelahinya meleset sama sekali. Semakin hari semakin ramai yang menempelak beliau di akaun Facebook miliknya sendiri.

Dan semalam Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Facebook berkaitan isu ini

Selain itu, seorang peguam, Salkukhairi Abd Sukor turut terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dari sudut perundangan

Kami berharap semoga keadilan akan bersama dengan pihak yang benar. Insha Allah…

Setahun yang lalu:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: