“Itu Memang Gambar Saya, Tapi…” – Jawapan Balas Syed Saddiq Terhadap Isu ‘Kaki Clubbing’

Setiap orang ada masa silam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via truthvaccine.blogspot.my
Logo

Semalam, ramai yang terkejut apabila sebuah blog telah mendedahkan beberapa keping gambar aktiviti tidak sihat pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sebuah kelab malam di Manila, Filipina

Blog yang bernama [truthvaccine.blogspot.my](http://truthvaccine.blogspot.my/) memberitahu bahawa dia menerima kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali mendedahkan hobi Syed Saddiq yang suka berparti di kelab malam.

Menurutnya, Syed Saddiq dikatakan sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh sesiapa pun. Namun, gambar yang terdedah di Filipina itu terhasil mungkin sebab dia di bawah pengaruh alkohol.

Pengendali blog itu juga ada mengeluarkan beberapa soalan yang dituju khas buat pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib Canselor Univerisiti Islam Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara mengikuti program debat tersebut.

Baca artikel penuh di [SINI](http://truthvaccine.blogspot.my/2016/03/gambar-ketua-challenger-syed-saddiq.html).

Penulis blog tersebut juga ada menyebut dan mengaitkan beberapa nama besar di Malaysia seperti Tun Mahathir di dalam penulisannya. Berhubung itu, satu jawapan balas telah dibuat Syed Saddiq di akaun Facebook miliknya.

"Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna."

Bagaimanapun, pagi ini satu entri telah dibuat oleh penulis blog tersebut yang mengatakan dia tidak hanya mempersoalkan isu Syed Saddiq semata-mata tapi turut mempersoalkan isu polisi UIAM

Baca artikel penuh di [SINI](http://truthvaccine.blogspot.my/2016/03/gambar-isu-bukan-tentang-syed-saddiq.html).

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini kisah Syed Saddiq, bagaimana pula dengan kisah Ashman Najib? Baca SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: