Isu 850 Pelajar Malaysia Terjejas Susulan Dasar Baharu UK, KKM Maklum Sedia Beri Tempat Dalam Negara

Difahamkan, mereka kini tidak lagi menikmati keutamaan untuk menyertai latihan perubatan di bawah sistem NHS.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kesediaannya berkaitan isu 850 pelajar perubatan Malaysia di Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) terjejas akibat dasar baharu di United Kingdom (UK)

Menerusi laporan Berita Harian, KKM sentiasa bersedia untuk memberi peluang dan menerima pelajar-pelajar yang terjejas terbabit untuk menjalani latihan siswazah atau housemanship dalam negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata masa depan kesemua mahasiswa terbabit juga tidak terjejas kerana ijazah di NUMed tetap diiktiraf di bawah Akta Perubatan 1971.

"Kami faham kekecewaan pelajar terhadap perubahan dasar di UK. Anda tidak akan terkandas walaupun UK mengubah dasar mereka, KKM sedia menyerap anda untuk menjalani latihan siswazah di 48 hospital latihan di seluruh Malaysia.

"Namun fokus utama saya sebagai Menteri Kesihatan adalah memastikan bakat perubatan kita ada tempat untuk berkembang. Jika UK tutup pintu, Malaysia sentiasa buka pintu untuk anda pulang berkhidmat," katanya.

SAYS.com

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah).

Image via Dr Dzulkefly Ahmad (Facebook)

Tiada halangan untuk kumpulan pelajar berkenaan dilatih di Malaysia

Menurut Dzulkefly, Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) KKM turut mengesahkan tiada halangan untuk kumpulan graduan terbabit dilatih di Malaysia menggunakan modul sedia ada, tertakluk syarat kemasukan sedia ada.

Menurutnya, permohonan boleh dibuat secara terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui sistem permohonan jawatan SPA9 dengan antara syarat memenuhi kriteria skim perkhidmatan, termasuk lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Bagi bukan warganegara, selaras dengan peruntukan undang-undang, permohonan boleh dibuat melalui Jawatankuasa Pemilihan Pegawai Kontrak (JPPK) di bawah KKM sebelum disahkan oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan SPA," katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai kapasiti untuk menempatkan kesemua mahasiswa tersebut untuk menjalani latihan siswazah dalam negara, selari dengan hasrat kerajaan mahu bakat tempatan berbakti di negara sendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik