Istilah Slanga Skibidi & Delulu Termasuk Dalam 6,000 Perkataan Baharu Dalam Kamus

Agak-agak perkataan pelik apa pula yang akan masuk kamus lepas ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNN & Today
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

'Skibidi', 'tradwife', 'delulu' dan beberapa istilah lain popular di media sosial kini termasuk di antara ribuan perkataan baharu yang ditambah ke dalam Kamus Cambridge tahun ini

Menerusi laporan Berita Harian, pengurus program leksikal Kamus Cambridge, Colin McIntosh berkata ia dilakukan untuk mendokumentasikan kesan budaya internet kepada bahasa Inggeris.

"Budaya internet sedang mengubah bahasa Inggeris dan kesannya sangat menarik untuk diperhatikan serta didokumentasikan ke dalam kamus," katanya.

Tambahnya, Kamus Cambridge hanya menambah perkataan yang diyakini mampu bertahan dalam jangka panjang.

"Bukan setiap hari perkataan seperti 'skibidi' dan 'delulu' ditambah ke dalam Kamus Cambridge.

"Kami hanya menambah perkataan yang kami fikir akan kekal lama," katanya.

Istilah slanga 'skibidi' iaitu perkataan tanpa makna khusus, telah dimasukkan ke dalam kamus dalam talian terbesar dunia itu 12 bulan lalu.

Kamus Cambridge menggunakan Cambridge English Corpus, sebuah pangkalan data yang mengandungi lebih dua bilion perkataan bertulis dan lisan dalam bahasa Inggeris, memerhati bagaimana perkataan baharu digunakan oleh pelbagai pihak seberapa kerap dan dalam konteks bagaimana ia digunakan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sky News

Apa maksud perkataan-perkataan slanga yang baru ditambah ini?

'Skibidi' didefinisikan dalam kamus sebagai 'perkataan yang boleh membawa pelbagai makna berbeza seperti 'hebat' atau 'buruk' atau digunakan tanpa sebarang maksud sebagai jenaka.

Sebagai contoh, penggunaannya adalah seperti "What the skibidi are you doing?". Menurut Kamus Cambridge, istilah ini dicipta oleh pencipta siri animasi tular di YouTube bertajuk "skibidi toilet."

'Tradwife' pula merupakan singkatan kepada traditional wife (isteri tradisional), juga semakin popular digunakan menurut Kamus Cambridge.

Ia membawa maksud wanita yang sudah berkahwin, tinggal di rumah, melakukan tugas seperti memasak, mengemas dan menjaga anak, khususnya mereka yang berkongsi gaya hidup itu di media sosial.

Selain frasa baharu, versi ringkas daripada istilah sedia ada turut ditambah iaitu 'delulu' yang berasal daripada perkataan delusional dengan definisi sama iaitu 'mempercayai sesuatu yang tidak nyata atau benar, biasanya kerana memilih untuk berbuat demikian'.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: