“Isteriku Minta Maaf Pada Semua” – Imran Aqil Kongsi Detik Indah Sambut Anak Pertama
Alhamdulillah, tahniah Dahlia dan Imran!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Imran Aqil berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Dahlia Rizal selamat melahirkan bayi sulung mereka malam tadi
Menerusi hantaran di Instagram, Dahlia berkongsi gambar bersama cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Yusra.
"Alhamdulillah alhamdulillah, meet our beautiful baby girl Yusra our baby czer. 6th may (may babies macam mommy dia hehe. 2.85kg," tulisnya.
Menurut laporan Harian Metro, Imran berkata kelahiran puteri sulung mereka itu sepatutnya dilahirkan secara normal, namun doktor menasihatkan agar isterinya menjalani pembedahan.
Image via @dshazall (Instagram)
"Disebabkan hampir 15 jam menunggu bukaan rahim selepas air ketuban pecah, doktor nasihatkan Dahlia menjalani pembedahan saja.
"Walaupun saya takut dengan darah tapi apabila doktor bertanyakan adakah saya mahu ikut menemani isteri bersalin, saya cuba beranikan diri.
"Jadi saya berpeluang melihat daripada permulaan bersalin secara pembedahan sehingga proses melahirkan anak. Setiap momen yang saya saksikan membuatkan saya cukup kagum dengan pengorbanan seorang ibu," katanya.
Dalam pada itu, Imran turut terkesan dan kagum dengan pengorbanan isterinya yang sanggup bergadai nyawa demi melahirkan anak
Malah, Imran berkata tidak ada istilah 'cheat code' untuk kurangkan sakit bersalin kerana dia menyaksikan sendiri betapa besarnya jarum yang digunakan.
"Hari ini aku temani isteriku, menghadapi satu lagi fasa ujian sebagai seorang ibu. Aku saksikan sendiri kesakitannya dari mula mengandung, sampai ke saat dia ambil suntikan epidural hari ini.
"Ada yang cakap ini cheat code untuk kurangkan sakit bersalin tapi aku sendiri terkejut tengok jarumnya. tak ada yang 'cheat' bila bercakap tentang perjuangan seorang ibu.
"Aku sangat terkesan dan sangat kagum. Isteriku minta maaf pada semua, andai ada hati yang terguris sepanjang dia mengandung.
"Betullah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. hari ini, aku lebih faham maksudnya," katanya.
Image via @ijeebster (Instagram)
Image via @dshazall (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 