Isteri Niat Nak ‘Selamatkan’ Suami Di Hatyai, Sekali Kantoi Curang Kongsi Bilik Dengan Wanita Lain

Difahamkan, lelaki itu memperkenalkan wanita yang sebilik dengannya sebagai "isteri".

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Niat nak bantu beritahu status suami rakan di Thailand bertukar menjadi berita malang apabila lelaki itu ditemui sebilik dengan wanita lain

Wanita itu, yang dikenali sebagai Mommy Hannah di Threads, telah bergerak dari Bangkok ke Hat Yai dengan kereta api pada Sabtu, 22 November.

Adik lelakinya menjemputnya dan mereka kembali ke Kedah melalui sempadan Durian Burung selepas menerima amaran awal tentang banjir yang semakin buruk di selatan Thailand.

"Selepas saya sampai di rumah, seorang rakan menghubungi saya. Kami bekas rakan sekelas di Universiti Malaysia Perlis.

"Rakan itu bertanya sama ada saya boleh mendapatkan status suaminya yang terkandas di sebuah hotel di Hat Yai bersama tiga rakan sekerja. Mereka adalah pegawai bank dari Pulau Pinang," katanya.

Oleh kerana air banjir masih boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda, Hannah meminta sepupunya, seorang warga Thai untuk memeriksa keadaan di hotel tersebut. Rancangannya adalah untuk meminta adiknya menjemput mereka kemudian ke lokasi yang lebih selamat.

SAYS.com

Orang ramai meredah kawasan yang dilanda banjir di daerah Hat Yai, Songkhla, Thailand.

Image via Reuters/Malay Mail

Penyambut tetamu beritahu salah seorang daripada kumpulan lelaki itu duduk bersama "isterinya"

Apabila sepupunya tiba, kakitangan hotel mengesahkan bahawa empat lelaki Malaysia masih berada di situ kerana kenderaan mereka terperangkap dalam banjir.

Tetapi penyambut tetamu ada juga memberitahu bahawa salah seorang lelaki itu, iaitu suami rakannya, tinggal bersama seorang wanita yang diperkenalkannya sebagai "isteri".

"Itulah bagaimana kami mengetahui dia sebenarnya bersama orang lain. Apabila sepupu saya periksa, ternyata rakan sekerja yang dibimbangkan oleh rakan saya itu sebenarnya seorang wanita yang tinggal sebagai 'rakan sebilik' selama empat hari," jelasnya.

Ketika itu, dia masih belum memberitahu tentang penemuan tersebut kepada rakannya yang kini dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keempat.

"Saya masih belum memutuskan sama ada untuk memberitahunya terus atau tidak tetapi saya merancang untuk memaklumkan kepada ahli keluarganya terlebih dahulu," katanya.

SAYS.com
Image via @psmommyhannah (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: