Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Dah Tak Duduk Sebumbung – “Rumah Tangga Bahagia Palsu?”
Semoga yang baik-baik je buat mereka berdua.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isteri kepada pelakon Edika Yusof, iaitu Nor Hidayah Yusri didakwa telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu
Menurut laporan Kosmo!, peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim mengesahkan perkara itu selepas menghadiri sebutan pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini, 24 Mac 2025.
"Untuk hari ini, hanya sebutan biasa bagi penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir, namun kami menerima surat daripada pihaknya menyatakan tidak dapat hadir, mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.
"Mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula," katanya.
Image via Malaysia Gazette
Dalam pada itu, Hidayah akui sudah tidak duduk sebumbung dan enggan mengulas lanjut mengenai keputusan memfailkan perceraian
"Semua tahu situasi dan keadaan saya. Kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah, sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh.
"Itu saja yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberi sebarang komen. Kalian boleh tanya pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia," katanya.
Tambahnya, dia dan Edika sudah tidak tinggal sebumbung tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut.
"Saya dan dia sudah tidak serumah, cuma tak perlulah saya kongsikan sejak bila," dedahnya.
Image via OHBULAN!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 