Isteri Dedah Kisah Aaron Aziz Mula Berlakon Di Malaysia – “Saya Saksi Lihat Pergorbanan Dia”
Respect dekat Aaron Aziz!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isteri kepada aktor dari Singapura itu, Diyana Halik kongsi kisah pengorbanan Aaron Aziz semasa pada awal kariernya di Malaysia
Menerusi klip rakaman podcast @haslindalife yang dimuat naik di Intagram, Diyana berkongsi bagaimana permulaan Aaron Aziz ketika membawa mereka sekeluarga berpindah ke Malaysia.
"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Aaron betul-betul tawakal, dia nekad mahu bawa satu keluarga ke Malaysia walaupun pada waktu itu dia tidak memiliki sesuatu yang stable di sana tetapi keluarga tetap perlu ada bersama.
"Pada masa itu dia dapat kontrak dalam tempoh hanya satu ke dua tahun, taklah stable sangat, semasa dia sign kontrak tu dia bawa kami sekeluarga dengan sebuah kereta biasa, saya masih ingat Toyota Vios, bawa rice cooker lah apa lah, pack semua bawa satu keluarga.
"Kami pindah ke sebuah rumah, lepas tu rumah tu dah habis tempoh sewa kami pindah lagi ke rumah lain dan lepas Aaron dapat kontrak kami hantar anak-anak ke sekolah," katanya.

Keberanian Aaron untuk berpindah buka rezeki untuk keluarga
Menurut Diyana, jika Aaron tidak nekad membuat keputusan berani itu, mereka mungkin tidak dapat merasa apa yang mereka miliki sekarang.
"Dan itulah permulaan bagi segala-galanya, kalau dia tak ada keyakinan dan perasaan tawakal itu tak ada, saya rasa anak-anak kami tak akan rasa kehidupan sebagaimana sekarang ini.
"Mungkin saya juga tak akan berada di mana saya berada sekarang ini, Alhamdulillah Allah mempermudahkan, saya rasa ini semua kerana niat Aaron.
"Sejak saat itu, semua perkara kini berubah dan sangat berbeza tetapi ianya tidaklah mudah, banyak cabaran kami hadapi tetapi Alhamdulillah, Aaron buat keputusan itu," katanya.
Beri penghormatan kepada suami atas pengorbanan yang diberi
Tambahnya, sebahagian besar pengorbanan yang dilakukan adalah datang daripada Aaron.
"Saya sifatkan ini sebagai sebuah pengorbanan yang sangat besar, terutamanya daripada Aaron untuk bawa kami di mana kami sekarang.
"Bagi Aaron semuanya adalah untuk anak-anak, keluarga, saya selalu beritahu anak-anak tak ingat mummy tak apa, cannot tak ingat daddy, sebab saya saksi pengorbanan Aaron," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 