Isteri Black Hanifah Tak Dapat Tahan Sebak, Kereta Di ‘Review’ Suami Rupa-Rupanya Hadiah

Bahagia tengok suami yang hargai pengorbanan isteri dia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, Black Hanifah membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira Khairy sebuah kereta mewah jenis Mercedes-AMG GLC43 sebagai kejutan istimewa

Menurut Black, atau nama penuhnya Hanifah Muhammad Hanafiah, hadiah tu adalah cara dia untuk berterima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang isteri tersayang sepanjang mereka hidup bersama.

"Kadang kita terlalu kejar yang sempurna, sampai lupa nak hargai orang yang setia dengan kita. Hari ni aku bagi hadiah kereta, tapi sebenarnya takkan pernah cukup untuk balas semua yang dia dah buat," katanya.

Isteri sebak tak dapat tahan air mata, tak sangka kereta idaman kini jadi miliknya

Menerusi video yang dikongsikan Black, pada awalnya dia telah memberitahu isterinya untuk menemaninya membuat ulasan di sebuah kedai kereta iaitu di Naza World.

Namun, di dalam kedai kenderaan tersebut ada kereta idaman isterinya iaitu Mercedes-AMG GLC43. Bagaimanapun, isterinya tidak tahu menahu mengenai kejutan tersebut sehinggalah dia sendiri memberi kunci kereta tersebut kepada isterinya.

Malah, Black juga telah berusaha berkali-kali untuk memberitahu yang ini bukannya prank dan hadiah tersebut benar-benar buat isteri tercinta.

Situasi itu membuatkan isterinya, Cira terharu sehingga tidak dapat menahan sebak.

"Bukan sebab hari istimewa tapi sebab dia sendiri adalah istimewa. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata," ujar Black.

Untuk rekod, Black dan Naquia mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: