Isteri Beli Rumah Sebelum Kahwin, Suami Pening Kena Bayarkan Half – "Monthly 90% Gaji Aku"

Kalau macam ini kena bincang elok-elok.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sudah berkahwin, suami isteri perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing

Malah, sebelum berkahwin adalah bagus jika kita berbincang dahulu dengan pasangan kita lebih-lebih lagi mengenai kewangan.

Tak naklah nanti jadi isu pada masa akan datang pula betul tak? Lebih baik hidup mengikut kemampuan masing-masing.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di laman X selepas seorang suami meluahkan rasa tertekan di dalam rumah tangganya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pejuang Hartanah

Tertekan nak bayar harga rumah yang dibeli isteri, hampir 90 peratus duit gaji

Menerusi perkongsian di laman X, lelaki itu memberitahu isterinya telah membeli rumah di atas namanya sendiri sebelum mereka berkahwin.

Malah, rumah itu dijangka akan siap pada akhir tahun ini. Dek kerana itu, isterinya telah meminta agar lelaki berkenaan membayarkan separuh daripada harga rumah tersebut.

Tidak dinyatakan harga rumah tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa tertekannya selepas diminta isterinya. Menurutnya, bulanan rumah tersebut adalah separuh daripada gajinya.

Perkara itu membuatkan dia terpaksa melakukan dua pekerjaan demi mendapatkan pendapatan lebih.

"Hujung tahun ni rumah aku siap. Wide beli sebelum kita orang kahwin. Masalahnya harga monthly hampir 90% gaji aku. Sekarang aku buat 2 job sebab wife minta bayar half. Kalaulah dia tak beli rumah tu mesti aku tak serabut sekarang," luahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: