Selepas Bernikah, Isteri Awie Dakwa Turut Kena Tempias Sakit Misteri

Difahamkan, Awie, isteri dan anak-anaknya turut terkena.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BH Online
Logo

Viral baru-baru ini apabila gambar majlis perkahwinan penyanyi rock terkenal, Ahmad Azhar Othman, 48, atau Awie tersebar luas di laman sosial

Awie mengahwini **Sharifah Lad­yana Syed Shamsuddin** di Masjid Sultan Sulaiman, Songkla, Thailand kira-kira pukul 12 tengah hari, Sabtu lalu. Perkahwinannya itu turut disaksikan oleh tiga orang anaknya.

Hanya dengan sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM360, Awie telah sah bergelar suami kepada wanita yang juga bekas pramugari itu.

Image via BH Online

Bagaimanapun, sebelum ini Awie pernah memberitahu untuk merahsiakan lokasi perkahwinannya kerana bimbang dengan 'gangguan misteri'

Menurut laporan [Harian Metro](http://www.hmetro.com.my/node/171491), Awie sebelum ini ada mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz dan berharap boleh sembuh seperti sedia kala.

Image via BH Online

Namun, selepas gambar perkahwinan mereka tersebar, isteri Awie, Lady memberitahu bahawa dia turut terkena tempias penyakit misteri tersebut

Lady memberitahu, pada awalnya dia enggan percaya akan ilmu hitam tetapi dia mula menerima hakikat wujudnya anasir lain selepas menjalani rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam.

Image via BH Online

Menurutnya lagi, dia redha sekiranya ini dugaan yang diberi oleh Tuhan. Mereka sekeluarga akan terus berikhtiar untuk memastikan tiada lagi gangguan.

Awie juga memaklumkan bahawa baru-baru ini, anak-anaknya turut berdepan gangguan mistik tersebut.

Tonton wawancara BH Online bersama Awie di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal misteri, apa kata anda baca ini pula:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: