Israel Berhadapan Krisis Virus Maut, Lebih 5,000 Individu Kini Berpotensi Dijangkiti
Difahamkan, penyakit itu kini memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan Israel.
Cover image via Vax Before TravelFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Israel berdepan wabak campak yang kini telah meragut nyawa beberapa bayi ketika pihak berkuasa berusaha mengekang penularan virus mudah berjangkit itu
Menerusi laporan Harian Metro, lapan bayi kini sudah terkorban akibat wabak tersebut dan ia kini dilaporkan telah merebak ke sembilan kawasan penempatan di seluruh Israel.
Sebuah laporan pada Ahad menyebut seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan di Pusat Perubatan Universiti Hadassah, Ein Kerem, selepas sepuluh hari dirawat dalam keadaan serius.
Kematian terbabit merupakan yang kelapan sejak wabak berkenaan dikesan bermula April lalu. Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan semua lapan kanak-kanak yang meninggal dunia tidak menerima vaksin dan berusia bawah dua tahun setengah.

Sebotol vaksin untuk penyakit campak, beguk dan rubella.
Image via ReutersJumlah sebenar individu berjangkit cecah sekitar 5,000 orang
Data rasmi menunjukkan lebih 1,700 pesakit disahkan dijangkiti campak, namun model statistik menganggarkan jumlah sebenar individu yang dijangkiti mungkin mencecah sekitar 5,000 orang.
"Kami tahu penyakit ini masih banyak yang tidak didiagnosis, dan terdapat beberapa ribu lagi pesakit yang dijangkiti," kata Ketua Epidemiologi Israel, Sharon Alroy-Preis.
Penyakit itu kini memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan Israel dengan 468 pesakit memerlukan rawatan di hospital di mana 93 peratus daripadanya adalah kanak-kanak.
Gelombang semasa yang pada awalnya tertumpu di kawasan liputan vaksin rendah seperti Jerusalem, Beit Shemesh dan Bnei Brak kini dilaporkan merebak dengan ketara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



