IslamiCruise Lancar Pakej ‘Family & Friends 2026’, Berlayar Di Atas Dek Mewah Aroya Cruise

Pakej ini menampilkan pelayaran jarak jauh selama 18 hari 16 malam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via IslamiCruise
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayangkan diri anda berdiri di geladak kapal mewah Aroya Cruise, angin laut membelai wajah sambil laungan azan berkumandang merentasi lautan biru

Keluarga dan sahabat tersenyum tenang, menanti waktu solat berjemaah dengan permandangan matahari terbenam di ufuk horizon.

Inilah pengalaman istimewa yang ditawarkan oleh IslamiCruise® Family & Friends Package 2026 iaitu sebuah pelayaran halal antarabangsa yang menyatukan kemewahan dan nilai rohani dalam satu perjalanan luar biasa.

SAYS.com
Image via IslamiCruise

Pelayaran premium merentas lima negara

Pakej ini menampilkan pelayaran jarak jauh selama 18 hari 16 malam dengan dua siri utama yang merangkumi lima negara ikonik.

  • Siri 1.0 (15 sehingga 30 Januari 2026): Saudi Arabia – Oman – Maldives – Indonesia – Malaysia
  • Siri 2.0 (3 sehingga 18 Februari 2026): Malaysia – Indonesia – Maldives – Oman – Saudi Arabia

Setiap persinggahan bukan sekadar stopover, sebaliknya para penumpang akan dibawa mengikuti sesi lawatan eksklusif di setiap negara. Dari menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, panorama semula jadi Maldives, hingga ke budaya unik Oman dan Indonesia, setiap destinasi dirangka untuk memberi pengalaman autentik yang menyeluruh.

Keistimewaan Siri 2.0 terletak pada perjalanannya yang berlangsung tepat sebelum Ramadan 2026, memberikan peluang istimewa untuk menunaikan Umrah sambil menyambut bulan penuh keberkatan.

Bagi mereka yang mengimpikan percutian singkat tetapi bermakna, IslamiCruise® turut menawarkan Langkawi Getaway selama 3 hari 2 malam, membawa penumpang dari Port Klang ke Pulau Langkawi dan kembali semula dengan penuh gaya.

SAYS.com
Image via IslamiCruise

Kekalkan prinsip Halalan Toyyiban sepenuhnya sepanjang pelayaran

Sebagai pelopor pelayaran halal, IslamiCruise® mengekalkan prinsip Halalan Toyyiban sepenuhnya. Hidangan dihidangkan oleh chef berpengalaman dengan menu halal antarabangsa. Aktiviti hiburan
dipilih dengan teliti, dan setiap kemudahan di atas kapal dijamin bebas alkohol serta bebas perjudian.

Di samping itu, penumpang berpeluang menikmati suasana ibadah yang damai, daripada solat berjemaah di ruang khas sehingga pertunjukan hiburan patuh syariah. Perjalanan ini bukan sekadar percutian, tetapi satu bentuk pengembaraan rohani yang menghubungkan hati dengan Sang Pencipta.

Menurut pihak penganjur, pakej Family & Friends 2026 adalah peluang sekali seumur hidup. Selepas 2026, belum ada jaminan kapal IslamiCruise® akan kembali ke Malaysia. Justeru, siri ini dianggap sebagai detik bersejarah dalam dunia pelancongan halal antarabangsa.

SAYS.com
Image via IslamiCruise

Bagi memastikan keselesaan setiap penumpang, tempahan boleh juga dibuat melalui lima agensi rasmi:

1. Andalusia – umrahandalusia.com | Norhafiza (013 436 9141)
2.TH Travel & Services – thts.com.my | Faiz (018 363 8604)
3. Jay Ibrahim Travels – jayibrahimalislam.com | Zahira Radzi (019 668 6568)
4. Rayhar Travels – rayhar .com | Nasrullah (013 614 7467)
5. In Saff Travels & Tours – insafftravel.com.my | Fazilah (011 3540 1648)


Kelima-lima agensi ini bukan sahaja menjadi pintu masuk kepada tempahan, tetapi juga penasihat perjalanan yang akan membimbing pelanggan dari awal pendaftaran hingga ke destinasi terakhir.

Jangan lepaskan peluang berlayar di atas dek mewah Aroya Cruise bersama IslamiCruise®, pelopor pelayaran halal-friendly pertama dunia. Sertai perjalanan sekali seumur hidup ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via IslamiCruise
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: