Irkaz Travel Tawar Diskaun RM10,000 Untuk ‘Pakej Selesa’ Ibadah Haji Sebelum 22 Disember Ini

Irkaz Travel turut memperkenalkan rangkaian pakej lain bagi musim Haji 1447H/2026M seperti EZGO Plus dan Premium Elite.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jemaah Haji Terpilih Panggilan Pertama (P1) serta Jemaah Rayuan disarankan untuk bertindak segera melakukan pendaftaran susulan makluman rasmi Tabung Haji bahawa tarikh tutup pendaftaran bagi kedua-dua kategori tersebut adalah pada 22 Disember 2025

Ketua Operasi Haji Irkaz Travel, Tuan Haji Amzari bin Jaafar, menegaskan agar jemaah tidak menunggu sehingga saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam urusan perjalanan ibadah mereka.

"Sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen, nasihat kami kepada jemaah terpilih dan jemaah rayuan adalah jangan menunggu saat akhir untuk mendaftar," ujar beliau.

SAYS.com
Image via Irkaz Travel & Tours

Bagi memudahkan urusan jemaah, Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd kini menawarkan Pakej Selesa yang direka khusus dengan diskaun sehingga RM10,000. Melalui tawaran ini, harga pakej bermula serendah RM44,900, menjadikannya pilihan yang kompetitif bagi jemaah yang mementingkan keselesaan maksimum, terutamanya bagi golongan berusia 50 tahun ke atas.

Antara keistimewaan yang ditawarkan dalam Pakej Selesa termasuk:

  • Penginapan Dinaik Taraf: Bermalam di Hotel Orient Manabir di Aziziyah.
  • Kemudahan Khemah: Hanya satu malam bermalam di khemah Muassasim yang dilengkapi sofa bed.
  • Pengangkutan Pantas: Penggunaan Speed Train (kereta api laju) bagi laluan Mekah–Madinah untuk mengurangkan keletihan jemaah.
SAYS.com
Image via Irkaz Travel & Tours

Irkaz Travel turut memperkenalkan rangkaian pakej lain bagi musim Haji 1447H/2026M seperti EZGO Plus dan Premium Elite

Bagi jemaah yang memilih pakej Premium Elite, mereka akan ditempatkan di Hotel Safwah di Mekah dan Hotel Al Aqeeq di Madinah.

Semua pakej yang ditawarkan sudah termasuk dengan kemudahan Speed Train serta penyediaan hidangan makan tiga kali sehari sepanjang di Mekah, Madinah, dan Aziziyah. Keseluruhan operasi akan dikendalikan oleh pasukan berpengalaman lebih 20 tahun bagi memastikan urusan lapangan yang tersusun dan tenang.

SAYS.com
Image via Image via Irkaz Travel & Tours

Dalam usaha mendekati masyarakat, pasukan Irkaz Travel akan turun padang untuk menyantuni jemaah di 52 buah masjid terpilih di seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan memberikan konsultasi terus, penerangan jelas mengenai pakej, serta panduan pendaftaran secara bersemuka sebelum tarikh tutup pada 22 Disember ini.

Jemaah yang berminat dinasihatkan untuk mendaftar awal memandangkan tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-2709 0101 atau hadir sendiri (walk-in) ke pejabat mereka di Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: