Iran Umum Buka Laluan Selat Hormuz Hanya Untuk Dilalui Kapal ‘Bukan Milik Musuh’ Sahaja

Kebiasaannya, kira-kira 20 juta tong minyak melalui kawasan tersebut setiap hari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNBC & Reuters
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perwakilan tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan "kapal bukan musuh" dibenarkan menggunakan Selat Hormuz

Menerusi laporan Bernama, kebenaran ini boleh dilakukan dengan syarat tidak terbabit dalam sebarang tindakan agresif terhadap Tehran.

Menurut kenyataan yang disiarkan di X, kapal bukan musuh termasuk milik atau berkaitan negara lain boleh memanfaatkan laluan dengan selamat melalui Selat Hormuz.

Kelonggaran ini diberikan selagi aset maritim berkenaan tidak menyertai atau menyokong serangan ke atas Iran, selain mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan yang ditetapkan menerusi penyelarasan dengan pihak berkuasa Iran yang kompeten.

SAYS.com
Image via Reuters

Ketegangan berpunca daripada serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran pada penghujung Februari

Makluman terbabit muncul ketika ketegangan di Asia Barat kian meruncing sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lalu.

Serangan berkenaan telah meragut lebih 1,340 nyawa setakat ini, termasuk bekas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Iran membalas serangan itu menerusi bedilan dron dan peluru berpandu berulang kali yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Laluan Selat Hormuz terganggu sejak awal Mac, kebiasaannya dalam sekitar 20 juta tong minyak melalui kawasan tersebut setiap hari. Gangguan yang berlaku telah menyebabkan kos penghantaran meningkat dan melonjakkan harga minyak global ke paras lebih tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik