Institut Pendidikan Tinggi Terkesan Banjir Dibenarkan Buat Kelas Online – KPT

Semoga dipermudahkan urusan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UMK (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pemberian kelonggaran kepada Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang terkesan untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KPT semalam, perkara ini bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran mahasiswa tidak terjejas.

"Situasi banjir kali ini bukan sahaja menjejaskan kawasan bandar dan kediaman, malah turut memberi impak kepada beberapa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang dinaiki air, sekali gus menjejaskan pengoperasian premis serta pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

"Sebagai langkah memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga IPT, KPT memberikan kelonggaran kepada semua IPT terjejas untuk melaksanakan PdP secara dalam talian bagi memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar tidak terganggu,"
menurut kenyataan itu.

SAYS.com

Antara 541 pelajar di Universiti Malaysia Kelantan yang terlibat dalam operasi pemindahan.

Image via UMK

Bilik gerakan banjir di IPT terlibat diaktifkan

KPT turut memaklumkan bilik gerakan banjir di IPT yang terjejas turut telah diaktifkan untuk keperluan mahasiswa, kakitangan dan ibu bapa.

"Pada masa sama, bilik gerakan banjir di IPT yang terlibat turut diaktifkan bagi memudahkan pelajar, kakitangan dan ibu bapa mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi semasa serta penyaluran bantuan segera, khususnya makanan, tempat perlindungan sementara dan keperluan asas bagi pelajar serta warga IPT," tulis KPT.

KPT dalam kenyataan yang sama memberi peringatan buat semua yang terkesan untuk berjaga-jaga di samping mendoakan kesejahteraan mangsa banjir.

"KPT juga menyeru semua warga IPT yang terkesan agar sentiasa menjaga keselamatan diri, berada di kawasan selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta pasukan keselamatan.

"Seluruh warga Kementerian mendoakan agar semua mangsa banjir di negeri-negeri terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini," menurut kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: