Instagram Bakal Beri Notifikasi Kepada Ibu Bapa Jika Anak Buat Carian ‘Bunuh Diri’
Amaran baharu itu direka bagi mengesan kes remaja yang terus mencuba membuat carian sedemikian walaupun berdepan sekatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Instagram bakal memperkenalkan fungsi pemakluman kepada ibu bapa apabila anak berulang kali membuat carian kandungan berkaitan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri
Menerusi laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat ketika pemilik platform Instagram, Meta berdepan tekanan perundangan yang tinggi berhubung pengendalian pengguna usia muda.
Notifikasi itu akan dicetuskan apabila terdapat seseorang pengguna remaja membuat beberapa carian bagi istilah sedemikian dalam tempoh masa singkat.
Ia bakal diperkenalkan dalam beberapa minggu mendatang di Amerika Syarikat (AS), Britain, Australia dan Kanada, serta akan diperluaskan ke wilayah lain pada lewat 2026.
Ibu bapa yang menggunakan ciri penyeliaan di Instagram akan menerima pemberitahuan menerusi e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp, selain melalui aplikasi itu sendiri, bersama sumber pakar bagi membantu mereka mengendalikan perbualan yang berpotensi sukar dengan anak masing-masing.

Instagram sedia menyekat carian bagi istilah yang dikaitkan dengan bunuh diri serta perbuatan mencederakan diri
Sebaliknya, platform tersebut akan memberi panduan kepada pengguna yang membuat carian terbabit untuk menghubungi talian bantuan serta pertubuhan sokongan.
Amaran baharu itu direka bagi mengesan kes remaja yang terus mencuba membuat carian sedemikian walaupun berdepan sekatan.
Meta memaklumkan pihaknya berunding dengan Kumpulan Penasihat Bunuh Diri dan Mencederakan Diri Sendiri dalam menetapkan fungsi amaran.
Tambah Meta, pendekatan berhati-hati sengaja diambil meskipun ada kemungkinan sesetengah notifikasi dihantar tanpa wujud kebimbangan yang tulen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 