Insiden Anak Rafizi Diserang & Disuntik, Polis Tak Tolak Kemungkinan Ia Turut Bermotif Politik

Difahamkan, kejadian itu berlaku berdekatan sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malay Mail & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis buka kertas siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengambil kira pelbagai sudut termasuk kemungkinan ia bermotif politik

Menerusi laporan malaysiakini, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 352 dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyerang dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

"Setakat ni kita tengok semua aspek, tak ada lagi petunjuk ke arah tersebut tapi kita tengok semua angle," katanya.

Menurutnya, siasatan di bawah undang-undang berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan disebabkan suspek telah melakukan sentuhan badan terhadap anak Rafizi yang berusia 12 tahun.

Tambah Shazeli, polis ketika ini masih dalam proses mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat dalam insiden yang berlaku semalam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via King

Kandungan jarum suntikan tersebut masih belum dikenal pasti

Menurut Shazeli, berkaitan kandungan jarum suntikan yang disuntik pada kanak-kanak 12 tahun itu, pihaknya masih perlu menunggu keputusan analisis keluar.

"Setakat ini keadaan mangsa, alhamdulillah, (baik). Dia sudah pun dibenarkan keluar hospital," katanya.

Menerusi sebuah hantaran daripada Rafizi Ramli semalam, dua lelaki telah dilaporkan menyerang anak Rafizi ketika mangsa bersama ibunya keluar dari sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Salah seorang daripada dua suspek yang menaiki motosikal berpakaian serba hitam dan menutup muka dengan topi keledar fullface itu menarik mangsa sebelum menyuntiknya dengan sesuatu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: