Inovasi Kasut Sekolah ABARO Cipta Rekod, Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records
Teknologi 'HideTech', 'DryTech' dan 'NameTech' selesaikan masalah harian ibu bapa uruskan anak-anak.
Cover image via ABAROFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama kasut sekolah tempatan, ABARO, secara rasminya melakar pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori "Ciri-Ciri Paling Inovatif Dalam Kasut Sekolah"
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen ABARO dalam menghasilkan produk yang bukan sekadar alas kaki, malah berfungsi sebagai penyelesaian praktikal kepada cabaran yang dihadapi oleh keluarga di Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh, menyatakan bahawa matlamat utama jenama itu adalah untuk memudahkan kehidupan ibu bapa dan anak-anak melalui lebih 10 ciri inovatif yang digabungkan dalam setiap pasang kasut.

Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh,
Image via ABAROBeberapa ciri utama yang mendapat perhatian tinggi termasuk:
- HideTech: Poket penjejak GPS tersembunyi yang membantu ibu bapa memantau keselamatan anak-anak yang menaiki van sekolah tanpa perlu membekalkan mereka dengan telefon bimbit.
- DryTech & MugPlus: Teknologi yang memastikan kasut tidak menyerap air dan mudah dibersihkan, manakala pelapik MugPlus bertindak sebagai anti-bau untuk mengekalkan kesegaran.
- NameTech: Ruang khas untuk meletakkan nama pada kasut bagi mengelakkan masalah kasut tertukar di tempat awam seperti surau atau perpustakaan sekolah.
"Kami mendengar kisah dan pengalaman keluarga sebenar. Isu yang mungkin nampak remeh sebenarnya memberi kesan besar dalam kehidupan seharian," ujar Kevin Soh.

ABARO anjur kempen 'Kembali Ke Sekolah' & inisiatif dana CSR
Sempena pencapaian ini, ABARO kini menganjurkan kempen "Back To School 2025/2026" yang berlangsung sehingga 15 Januari 2026. Kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000, termasuk hadiah utama wang tunai RM3,000, baucar membeli-belah dan hadiah eksklusif.
Selain itu, ABARO turut menekankan aspek tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana RM1 daripada setiap pasang kasut yang dijual akan disalurkan ke dalam Dana CSR ABARO. Dana ini bertujuan menyediakan kasut sekolah baharu bagi kanak-kanak kurang berkemampuan dan golongan B40, membolehkan pelanggan membeli sambil menyumbang.

ABARO turut memperkenalkan rekaan kasut baharu untuk murid lelaki dan perempuan yang tampil lebih kemas dan ringkas, namun tetap mengekalkan kepelbagaian teknologi sokongan.
Ibu bapa boleh mendapatkan kasut sekolah ABARO di pengedar sah seluruh negara serta platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, dan TikTok. ABARO juga mengadakan siri jerayawara di cawangan terpilih Mydin, AEON, Lotus's, Poney, Swan, E-Mart dan Servay sehingga 15 Januari depan.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan kempen, layari www.abaro.com.my atau ikuti media sosial rasmi ABARO di Facebook dan Instagram.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



