Inisiatif WFH Penjawat Awam Berjaya Jimatkan Hampir RM2 Juta Subsidi Dalam Tempoh 10 Hari
Seramai 20,136 penjawat awam terlibat dalam pelaksanaan BDR, berbanding 15,452 pada 15 April lepas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) menunjukkan impak signifikan apabila berjaya menjimatkan RM1.9 juta subsidi RON95
Menerusi laporan Bernama, penjimatan subsidi petrol RON95 ini adalah bersamaan 979,632 liter dalam tempoh 10 hari pelaksanaannya sejak 15 April yang lalu.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata penjimatan itu melibatkan 120,816 liter petrol atau sejumlah RM239,215.68 sehari.
"Walaupun mungkin angka itu tidak besar tapi saya melihat ia adalah sumbangan yang signifikan daripada penjawat awam untuk membantu kerajaan menangani bebanan kewangan ekoran daripada krisis di Timur Tengah (Asia Barat)," katanya.
Katanya, pelaksanaan BDR tidak menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat, memandangkan ia hanya melibatkan tugasan yang tidak perlu dilakukan di pejabat.
"(Bagaimanapun) buat masa ini BDR tidak dilaksanakan pada Isnin kerana kita nak bagi tugasan kepada penjawat awam yang akan BDR dan pada Jumaat pula adalah untuk penilaian produktiviti kerja," katanya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan.
Image via NSTP/Saifullizan TamadiBDR telah dilaksanakan di beberapa negara sejak penularan jangkitan COVID-19 yang lepas termasuk Singapura
Ia dilaksanakan dengan pemantauan produktiviti kerja serta indeks prestasi utama (KPI) dapat dinilai oleh ketua masing-masing.
Pelaksanaan BDR kali ini merupakan langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis bekalan global susulan konflik di Asia Barat, dengan pelaksanaan tiga hari seminggu.
Setakat ini, seramai 20,136 penjawat awam terlibat dalam pelaksanaan BDR, berbanding 15,452 pada 15 April lepas.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BernamaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 