Inisiatif FLYsiswa Diperluas Kepada 4 Lagi Kategori Institut Pengajian

Dijangka, seramai 6,278 penuntut akan mendapat manfaat tambahan tersebut tahun ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih ramai penuntut bakal mendapat manfaat apabila Program FLYSiswa akan diperluaskan kepada empat kategori baharu tahun ini

Menerusi laporan Harian Metro, empat kategori berkenaan ialah Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM), Universiti Separa Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Milik Kerajaan Negeri (IPTN).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pelaksanaan inisiatif itu memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 penuntut yang menggunakan perkhidmatan penerbangan domestik membabitkan laluan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, sejak dilaksanakan pada 2023 hingga 31 Disember 2025, seramai 119,790 penuntut atau 75.53 peratus daripada keseluruhan 158,600 penuntut layak menerima manfaat daripada program berkenaan.

"Ia merangkumi sejumlah 37,551 atau 74.96 peratus daripada keseluruhan 50,095 penuntut pada 2023; 37,498 atau 72.04 peratus daripada keseluruhan 52,055 penuntut pada 2024 dan 44,741 atau 79.26 peratus daripada keseluruhan 56,450 penuntut pada 2025.

"Kerajaan tidak teragak-agak memperuntukkan sejumlah dana yang besar iaitu sebanyak RM24 juta bagi melaksanakan Program FLYSiswa sebagai program tahunan kementerian mulai 2025, khusus untuk terus membantu penuntut kurang berkemampuan," katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Kementerian Pengangkutan

Penuntut yang layak menerima baucar digital bernilai RM400

Melalui Program FLYSiswa, penuntut yang layak akan menerima baucar digital bernilai RM400 dalam bentuk credit shell yang boleh digunakan bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sama ada sehala atau dua hala, membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Firefly ,AirAsia, Batik Air dan Air Borneo.

Sebelum ini dilaporkan pemberian baucar tiket penerbangan bernilai RM400 itu diberikan kepada pelajar di peringkat ijazah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej perguruan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Loke bagaimanapun berkata, buat masa ini kerajaan belum dapat meluaskan pelaksanaan program ini kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana bilangan penuntut yang sangat besar dan ketiadaan satu badan berpusat untuk mengesahkan data penuntut.

"Berbeza dengan IPTA, semua maklumat penuntut berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU), sekali gus memudahkan proses pengesahan.

"Cabaran utama membabitkan IPTS ialah ketiadaan sistem berpusat untuk mengesahkan status pelajar, sekali gus menyukarkan kerajaan menentukan kelayakan dan anggaran kos," katanya.

Katanya, sekiranya terdapat peruntukan tambahan pada masa hadapan dan mekanisme pengesahan yang lebih tersusun, kerajaan akan mempertimbangkan peluasan program itu kepada IPTS.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: