Ini Yang Parents Perlu Buat Kalau Bayi Terjatuh – “Pergi Hospital Atau Pantau Dari Rumah?”
Artikel ini mungkin bermanfaat untuk first time parents.
Cover image via @dradlihidayat (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan panik dan buntu ingin buat apa jika anak tiba-tiba jatuh dari katil atau tempat tinggi bukan?
Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya menghadapi situasi seperti itu.
Menerusi video berdurasi 2 minit yang dimuat naik di laman TikTok, Dr Adli Hidayat berkata perkara petama yang perlu dilakukan adalah ibu atau bapa boleh periksa sama ada bayi tersebut menangis atau diam, pitam dan pengsan.
Image via @dradlihidayat (TikTok)
"Kalau diam lembik dan macam nak pengsan, kena pergi ke hospital lah. Kalau dia menangis tapi bangun berlari itu tak ada masalah.
"Nombor 2, kalau baby you bawah setahun setengah you rasa dia punya ubun tu. Kalau ubun tu jadi keras atau berlekuk keluar, itu kena pergi hospital," katanya.
Selain itu, ibu bapa juga perlu perhatikan muka atau kepala bayi sama ada lebam atau tidak
"Kalau bawah mata ada lebam warna biru kena pergi hospital. Kalau baby you ada muntah lepas jatuh, kena pergi hospital juga.
"Kalau anak you jadi sawan, memang kena terus ke hospital cepat-cepat," katanya lagi.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


