Lakukan ‘Step’ Ini Jika Status Permohonan BPN Anda Gagal Atau Amaun Kurang Dari Kelayakan
Selamat mencuba!
Cover image via Sinar HarianPada 27 Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan insentif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN
Image via treasury.gov.my
Bantuan tersebut diberikan bagi membantu setiap rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Kategori mereka yang layak untuk menerima bantuan BPN adalah seperti berikut:
- Pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah – Terima sejumlah RM1,600 dengan dua kali tempoh bayaran.
- Pendapatan isi rumah RM4,001 sehingga RM8,000 – Terima bantuan sejumlah RM1,000 dengan dua kali tempoh bayaran.
- Individu bujang yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah – Terima bantuan sebanyak RM800 dan dibayar untuk tempoh dua kali.
- Individu bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 – Terima bantuan berjumlah RM500 juga dengan dua kali bayaran.
Kesemua pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.
Untuk bantuan kali ini, selain daripada golongan B40, mereka yang turut akan menerima insentif tersebut adalah golongan M40.
Umum mungkin sudah mengetahui bahawa permohonan baru bagi BPN ini telah dibuka pada 1 April lalu
Image via null
Bagi bantuan BPN, mana-mana individu yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat dan juga pembayar cukai sedia ada tidak perlu memohon atau mengemukakan sebarang permohonan baru.
Dalam pada itu, mungkin ada dalam kalangan individu yang telah dimaklumkan bahawa status permohonan mereka tidak lulus ataupun menerima tidak seperti yang sepatutnya.

