Ini Umur Sah Untuk Buat Pelbagai Perkara Di Malaysia Bermula Daripada Usia 13 Tahun
Masa form 1 pun dah boleh buat macam-macam ya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda tertanya-tanya sama ada dah cukup umur atau belum nak buat benda-benda tertentu dekat Malaysia, ini kami sediakan panduan lengkap:
13 tahun:
Budak umur 13 tahun dah boleh buat kerja ringan yang sesuai dengan kemampuan seperti:
- kerja di perniagaan keluarga
- persembahan hiburan dengan lesen
- sekolah atau program latihan
- program perantis
Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini mesti ikut syarat ketat bawah Children and Young Persons (Employment) Act 1966.
15 tahun:
- Dah capai umur minimum untuk kerja sepenuh masa.
- Boleh mula ambil ujian teori komputer (Ujian Undang-Undang) awal sedikit sebelum hari lahir yang ke-16 tahun, biasanya pada umur 15 tahun 9 bulan supaya anda dipastikan lepas cukup umur untuk terus boleh dapat lesen.
16 tahun:
- Dah cukup umur untuk ambil lesen motosikal B2 (motor sampai 250cc).
17 tahun:
- Umur sah untuk ambil lesen kereta.
- Boleh mula belajar untuk terbangkan kapal terbang di bawah Student Pilot Licence (SPL) di sekolah penerbangan bertauliah tapi tak boleh bawa penumpang berbayar lagi.
18 tahun (umur yang boleh buat hampir semua benda):
- Boleh mengundi dan bertanding pilihan raya sebagai Ahli Parlimen, terima kasih kepada Undi18!
- Boleh kahwin secara sah.
- Boleh tandatangan kontrak rasmi macam pinjaman, perjanjian kerja atau sewa rumah (kontrak sebelum umur 18 dianggap tak sah bawah Contracts Act 1950).
- Boleh tengok wayang R-rated atau dengan rating 18+.
- Boleh masuk tentera tetapi boleh sambung menjadi sebagai kadet lebih awal di kolej-kolej tentera jika lepas syarat.
- Boleh dapat Commercial Pilot Licence (CPL) untuk kerja sebagai juruterbang komersial.
- Boleh guna dan miliki senjata api secara sah untuk sukan menembak atau pertandingan.
- Boleh beli rokok & vape secara sah.
21 tahun:
- Umur sah untuk beli alkohol (dulu 18, tapi dinaikkan ke 21 pada 2017) dan sudah semestinya haram bagi yang beragama Islam.
- Boleh masuk kasino atau pusat pertaruhan seperti di Genting Highlands (haram juga bagi yang beragama Islam).
- Boleh dapat Airline Transport Pilot Licence (ATPL) untuk jadi kapten kapal terbang.
25 tahun:
- Di bawah Adoption Act 1952, nak ambil anak angkat kena sekurang-kurangnya berumur 25 dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak tersebut.
55 tahun:
- Dah boleh keluarkan secara penuh simpanan KWSP. Kalau tak keluarkan, duit akan masuk ke Akaun 55 atau akaun persaraan.
- Boleh keluarkan secara penuh Private Retirement Scheme (PRS) tanpa penalti.
60 tahun:
- Umur minimum bersara di Malaysia. Majikan tak boleh paksa anda bersara sebelum umur ini tapi kalau nak bersara awal, itu pilihan sendiri.
Artikel ini dikemas kini kali terakhir pada 14 Ogos 2025. Jika anda mendapati sebarang percanggahan atau maklumat lapuk, sila maklumkan kepada kami.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


Cover image via 