Ini Senarai Top 5 Sekolah Catat Keputusan Terbaik SPM 2025 Seluruh Negara

Tahniah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via MARA (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang dikeluarkan semalam, 31 Mac, mendedahkan lima sekolah mendapat prestasi terbaik semuanya datang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Dalam satu kenyataan, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan SPM tahun ini menandakan pencapaian yang sangat menggalakkan bagi MRSM, mencerminkan lonjakan ketara di berbanding sekolah-sekolah lain.

"19 MRSM mencatatkan gred purata maktab (GPM) bawah 2.0 dan 80 pelajar mendapat semua A+. Manakala 5 MRSM berada pada kedudukan tertinggi 5 terbaik Malaysia," katanya.

5 MRSM terbaik mengikut keputusan SPM 2025 ialah:

  • MRSM Tun Ghafar Baba (1.139)
  • MRSM Gemencheh (1.195)
  • MRSM Taiping (1.224)
  • MRSM Pengkalan Chepa (1.254)
  • MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB) (1.284)

GPM dikira dengan menukar gred subjek individu kepada mata gred (cth. A=1, B=2, C=3), dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengukur pencapaian keseluruhan calon dalam peperiksaan kebangsaan.

GPM gred 1.0 menunjukkan bahawa semua pelajar di sesebuah sekolah mencapai semua A.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan tahniah kepada pelajar MRSM, melahirkan rasa bangga atas kecemerlangan institusi yang berterusan

"Saya amat berbangga dengan pencapaian seramai 7,636 calon SPM daripada 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terus mencipta kecemerlangan termasuk 80 orang calon MRSM yang berjaya memperoleh semua A+ dalam peperiksaan SPM 2025," katanya.

Beliau menambah bahawa MRSM mencatatkan GPM sebanyak 2.067, dengan kadar lulus 100%, bermakna semua calon layak menerima sijil SPM.

"Lima buah MRSM berada dalam kelompok teratas terbaik secara keseluruhan, mengatasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah-sekolah harian lain di seluruh negara.

"Alhamdulilah, ini menjadi bukti jelas bahawa MRSM kekal sebagai institusi peneraju kecemerlangan pendidikan negara," katanya menerusi satu hantaran di X.

SAYS.com
Image via @DrZahidHamidi (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik