Ini Senarai Sekuel Filem Animasi Akan Datang & Terbaharu Yang Bakal Ditayangkan Di Pawagam

Mana satu yang korang paling tunggu-tunggu?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi siapa yang membesar dengan watak-watak animasi seperti Buzz, Sulley dan Shrek, pasti akan ada rasa nostalgia apabila memikirkan tentang mereka

Ini disebabkan watak-watak daripada filem-filem animasi ini bukan sahaja ikonik malah ia telah mewarnai zaman kanak-kanak ramai individu yang kini sudahpun menginjak dewasa.

Kini, ada berita baik untuk mereka kerana tak lama lagi akan ada sekuel terbaru untuk menonton kembalinya watak-watak tersebut!

Daripada francais Pixar klasik hinggalah filem-filem hit DreamWorks yang digemari ramai, gelombang sekuel akan datang tidak lama lagi untuk membangkitkan nostalgia yang sudah lama tersimpan.

Berikut adalah filem yang telah disahkan setakat ini:

1. Toy Story 5 (Jun 2026)

Selepas hampir tujuh tahun sejak Toy Story 4, fasa seterusnya Pixar dalam saga file tentang mainan ini secara rasminya akan ditayangkan pada 19 Jun 2026.

Treler filem ini memaparkan konflik baharu apabila mainan lama berhadapan dengan gajet berteknologi tinggi yang dipanggil 'Lilypad'.

Treler tersebut bakal menunjukkan perjalanan emosi yang besar, menyalurkan nostalgia yang menjadikan francais ini kegemaran pelbagai generasi.

2. Incredibles 3 (2028)

Keluarga Parr bakal kembali lagi. Pixar secara rasminya telah mengesahkan kehadiran filem Incredibles 3 dan menetapkan tarikh tayangan di pawagam pada tahun 2028.

Walaupun butiran plot masih belum didedahkan, sekuel ini akan meneruskan pengembaraan keluarga adiwira iaitu Mr Incredible, Elastigirl, Violet, Dash dan Jack-Jack.

SAYS.com
Image via Walt Disney Studios Motion Pictures/Everett Collection/People

3. Monsters Inc. 3 (tarikh tayangan belum diumumkan)

Pixar telah mengesahkan bahawa Monsters, Inc. 3 secara rasminya sedang dalam pembikinan, menandakan filemnya yang ketiga dalam francais selepas filem asal (Monsters, Inc. dan Monsters University) dan siri Disney+ Monsters at Work.

Masih belum ada tarikh tayangan rasmi lagi, tetapi berita itu telah membuatkan peminat Mike dan Sulley teruja!

SAYS.com
Image via Buena Vista/Everett Collection

4. Coco 2 (2029)

Disney dan Pixar mengumumkan Coco 2 dengan duo pengarah asal (Lee Unkrich dan Adrian Molina) kembali untuk menerajui sekuel ini, yang dijadualkan pada tahun 2029.

Sekuel ini akan membawa kita lebih mendalam ke dunia keluarga, warisan dan muzik yang berwarna-warni bakal menjadikan filem pertama sebagai filem klasik serta-merta.

Jika anda merasai sepenuuhnya sentuhan emosi daripada filem asal, bersedia untuk harungi semua perasaan itu sekali untuk filem ini!

SAYS.com
Image via Applauss

5. Shrek 5 (Jun 2027)

Bukannya sebuah filem Pixar, tetapi patut disebut dalam senarai yang memberikan nostalgia, Shrek 5 secara rasmi dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 30 Jun 2027.

Pada asalnya ia dijadualkan pada 23 Disember 2026 namun Universal Pictures mengumumkan bahawa tayangan filem itu telah ditangguhkan ke Jun 2027.

Kesinambungan yang lama ditunggu-tunggu ini muncul 17 tahun selepas filem keempat (Shrek Forever After), menyatukan semula pelakon asal seperti Mike Myers (Shrek), Eddie Murphy (Donkey) dan Cameron Diaz (Fiona).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: