Ini Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Pada Hari Arafah, Jangan Lupa Untuk Amalkan Selalu

Doa pada hari Arafah adalah waktu yang paling mustajab.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UtusanTV
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang Hari Raya Aidiladha, seluruh umat Islam menantikan waktu wukuf di Arafah

Semua orang tahu bahawa wukuf adalah waktu paling mustajab untuk umat Islam berdoa dan memohon apa saja dari Allah SWT.

Sekiranya kita terlepas untuk membaca doa pada hari istimewa ini, ia sangat merugikan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Madani News

Berikut di bawah adalah 31 senarai doa yang boleh dibaca pada Hari Arafah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku kejayaan terbesar, selamat daripada api neraka dan masuk ke syurga firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah kepadaku syafaat Rasulullah.

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah, keluarganya dan para sahabat di syurga Firdaus.

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam syurga Firdaus dengan orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadahku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmat-Mu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan-Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash-Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakalku pada-Mu.

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk-Mu dan Nabi-Mu.

14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian rahmat dan rezeki-Mu.

15. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaan-Mu.

Image via theAsianparent

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sabar dan patuh kepada-Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku daripada fitnah dajal.

20. Selamatkanlah aku daripada azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja sadakatul jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud pada-Mu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami daripada fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti.

25. Ya allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada-Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh-Mu.

28. Ya Allah lindungi kami daripada syaitan, jin dan arak. Lindungi kami daripada perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga segala doa dan amal ibadah kita diterima Allah SWT.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: