Ini Senarai Barang Mentah Dari AS Tidak Lagi Dikenakan SST Di Bawah Perjanjian Baharu Dengan Trump
Perjanjian ini dijangka menurunkan harga beberapa barangan import popular dari Amerika Syarikat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia bakal menikmati harga yang lebih rendah untuk pelbagai jenis makanan import Amerika Syarikat (AS) di bawah pakatan perdagangan baharu dengan Presiden AS, Donald Trump
Di bawah perjanjian Framework Agreement on Reciprocal Trade (ART) yang ditandatangani antara Malaysia dan AS, Kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan semua produk pertanian dan makanan laut AS daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Malaysia.
Langkah ini diambil hanya beberapa bulan selepas pembaharuan cukai Malaysia pada tahun 2025 mengenakan SST 5% dan 10% ke atas buah-buahan yang diimport.
Walaupun kerajaan kemudiannya mengecualikan barangan ruji isi rumah seperti epal, oren dan kurma daripada cukai baharu, import lain seperti anggur dan beri kekal tertakluk.

Dengan perjanjian terbaru ini, SST 5% akan ditarik balik ke atas semua produk pertanian dan makanan laut AS yang terlibat
Perubahan ini dijangka akan menurunkan harga jualan barangan yang terlibat dan meluaskan lagi pilihan pengguna.
Perjanjian ini tutut mengikat Malaysia untuk menyediakan "akses pasaran tanpa diskriminasi atau keutamaan" untuk barangan pertanian Amerika dengan menghapuskan halangan sanitari dan fitosanitasi (SPS) yang "tidak wajar", iaitu peraturan keselamatan makanan dan kesihatan tumbuhan yang sebelum ini mengehadkan perdagangan.
Di samping itu, produk yang diperakui halal daripada pengeluar AS yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini dibenarkan membawa logo halal yang diluluskan untuk dijual di pasaran tempatan.

Berikut adalah produk import popular AS yang mungkin mendapat manfaat daripada perjanjian terbabit:
- Beri: Blueberry, strawberi, kranberi, raspberi, blackberry
- Anggur: Terutamanya jenis yang tanpa biji
- Kekacang: Badam, pistachio dan walnut
- Buah-buahan Kering: Kismis dan prun
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 