Ini Senarai 6 Lebuhraya & 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Ditutup Sempena ASEAN Summit
Penutupan jalan secara berperingkat ini bermula pada 23 hingga 28 Mei ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak enam lebuhraya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
Menerusi laporan New Straits Times, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata penutupan itu bergantung kepada pergerakan konvoi rasmi dan pengaturan keselamatan yang diperlukan.
Dari 23 hingga 28 Mei, delegasi yang hadir akan diiringi dari lokasi penginapan mereka ke tempat acara dan majlis rasmi menyebabkan penutupan jalan sementara.
"Penutupan dan lencongan akan bermula seawal 7.30 pagi dan diteruskan secara berperingkat sehingga 8 malam sepanjang sidang kemuncak.
"Setiap jalan akan ditutup 30 minit sebelum pergerakan konvoi yang dijadualkan dan dibuka semula apabila semua kenderaan rasmi tiba di destinasi mereka," katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Image via Raihana Mansor/New Straits Times
Jalan yang ditutup melibatkan laluan ke arah dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Istana Negara dan penginapan menempatkan delegasi yang hadir
Berikut adalah enam lebuhraya yang terlibat:
– Maju Expressway (MEX)
– Duta–Ulu Klang Expressway (DUKE)
– Ampang–Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
– New Pantai Expressway (NPE)
– Shah Alam Expressway (KESAS)
– The SMART Tunnel
Berikut adalah senarai 25 jalan-jalan utama yang terlibat:
– Jalan Tun Razak
– Jalan Bukit Bintang
– Jalan Ampang
– Jalan Sultan Ismail
– Jalan Raja Chulan
– Jalan P Ramlee
– Jalan Kia Peng
– Jalan Pinang
– Jalan Conlay
– Jalan Stonor
– Jalan Perak
– Jalan Tun Ismail
– Jalan Kuching
– Jalan Sultan Salahuddin
– Jalan Damansara
– Jalan Mahameru
– Jalan Raja Laut
– Jalan Parlimen
– Jalan Travers
– Jalan Bangsar
– Jalan Maarof
– Jalan Syed Putra
– Jalan Istana
– Jalan Sungai Besi
– Jalan Loke Yew
Image via Bernama/New Straits Times
Orang ramai dinasihatkan elak menggunakan laluan-laluan yang terlibat
Tambah Mohd Yusri, orang ramai digalakkan untuk merancang perjalanan dengan baik terlebih dahulu bagi mengelak daripada terkesan dengan penutupan jalan tersebut.
"Kami amat menggalakkan orang ramai menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam seperti LRT, MRT, dan monorel bagi mengelak kesesakan terutama di sekitar lokasi strategik di bandar ini," katanya.
Orang ramai turut diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan, zon larangan, atau mana-mana lokasi yang boleh menghalang konvoi.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 akan diadakan di KLCC pada 26 dan 27 Mei di mana kira-kira 20,000 orang, termasuk ketua negara, perwakilan, dan pegawai dari negara anggota dijangka berkumpul untuk membincangkan isu ekonomi utama di rantau ini.
Image via Bernama
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via