Ini Sebab Kenapa Warga Malaysia Nak Ke Thailand Disaran Pakai Baju Hitam, Putih Atau Gelap

Sebab itu rupanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Autour Asia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand digalakkan memakai pakaian hitam, putih atau pakaian gelap sebagai tanda hormat atas kemangkatan Bonda Ratu, Ratu Sirikit, bonda kepada raja semasa Raja Vajiralongkorn

Menerusi laporan New Straits Times, Presiden Persatuan Perdagangan Halal dan Pelancongan Thailand–Asia Tenggara, Aida Oujeh berkata tindakan boleh dilakukan itu amat dihargai oleh rakyat Thailand semasa tempoh berkabung kebangsaan.

"Rakyat Malaysia yang datang ke Thailand untuk pelancongan dinasihatkan, jika boleh, untuk memakai pakaian berwarna hitam, putih atau warna yang lebih gelap sebagai tanda hormat.

"Ia akan dianggap sebagai tindakan yang bertimbang rasa dan hormat oleh rakyat Thailand. Walau bagaimanapun, jika pelawat tidak dapat berbuat demikian, itu tidak mengapa, kami faham.

"Pegawai kerajaan dijangka mematuhi kod pakaian berkabung, tetapi ia tidak wajib bagi orang ramai. Namun, mereka yang memilih untuk tidak memakai pakaian gelap mungkin kelihatan kurang hormat," katanya.

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Rakyat Thailand sedang dalam tempoh berkabung bagi memperingati Ratu Sirikit, yang mangkat Jumaat lalu

Sebagai sebahagian daripada protokol berkabung kebangsaan, beliau berkata Thailand akan mengibarkan bendera separuh tiang selama 30 hari, manakala pakaian berkabung secara tradisinya dipatuhi selama tiga bulan.

Aida juga mengingatkan para pengunjung yang merancang untuk memberi penghormatan di istana diraja, tempat jenazah Bonda Ratu disemadikan, untuk memakai pakaian formal hitam atau putih dengan jaket sut, sebagai tanda penghormatan.

Menurutnya, adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia, termasuk mereka yang dari Kelantan, untuk melawat Selatan Thailand semasa cuti umum dan cuti sekolah yang panjang.

Para pengunjung ini selalunya akan berentas ke Thailand sama ada melalui Rantau Panjang, Bukit Bunga dan pusat pemeriksaan sempadan Malaysia yang lain.

Ratu Sirikit, isteri kepada raja paling lama memerintah negara itu, Raja Bhumibol Adulyadej, mangkat lewat Jumaat lalu pada usia 93 tahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: