Ini Sebab Kenapa Sarawak Satu-Satunya Negeri Yang Tak Dapat Cuti Raya Deepavali

Ouh, patutlah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Sarawak Gov
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tak ada cuti umum Deepavali, tapi kenapa?

Kalau korang tinggal di Semenanjung Malaysia atau Sabah, hujung minggu ini memang korang dapat enjoy cuti Deepavali lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang dapat cuti sampai hari Rabu minggu depan.

Tapi kat Sarawak pula, hari jatuhnya perayaan Deepavali merupakan hari kerja yang biasa sahaja. Rupa-rupanya, bukannya atas sebab perayaan tersebut tak dipedulikan.

Sarawak sebenarnya ikut undang-undang buruh yang berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia

Masa Malaysia dibentuk dulu, Sarawak kekalkan sistem buruhnya sendiri melalui Sarawak Labour Ordinance. Undang-undang ini bagi kuasa kepada Sarawak untuk tentukan cuti umumnya sendiri, tapi jumlah keseluruhan cuti itu dihadkan kepada 17 hari setahun termasuk cuti wajib persekutuan.

Disebabkan itu, kerajaan negeri kena pilih hari-hari yang paling bermakna untuk rakyat Sarawak secara keseluruhan.

Penduduk berbangsa India di Sarawak pula jauh lebih kecil berbanding di negeri lain, cuma sekitar 0.3% daripada jumlah penduduk, dan kebanyakannya tinggal di Kuching.

Jadi, negeri ini telah mengutamakan perayaan yang lebih mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakat Sarawak.

SAYS.com
Image via Sora Shimazaki/Pexels

Orang Sarawak dapat tiga cuti khas yang negeri lain tak ada iaitu:

  • Hari Gawai: Perayaan besar bagi masyarakat Dayak, menandakan tamatnya musim menuai.
  • Good Friday: Disambut sebab ramai penduduk di Sarawak merupakan penganut agama Kristian.
  • Hari Sarawak: Menyambut hari penubuhan pemerintahan sendiri dan peranan negeri ini dalam pembentukan Malaysia.
SAYS.com
Image via Dewan Budaya

Jadi, masyarakat berbangsa India di Sarawak tak sambut Deepavali ke? Mestilah sambut!

Walaupun bukan cuti umum negeri, pekerja berbangsa India dibenarkan ambil cuti sehari tanpa rekod untuk sambut Deepavali.

Komuniti bangsa India tetap akan adakan majlis, upacara di kuil dan rumah terbuka macam biasa.

Suasana perayaan dengan lampu-lampu dan semangat Deepavali itu tetap meriah cuma bezanya, tak ada cuti seluruh negeri je.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: