“Ini Sebab Kenapa Pelajar Lepasan STPM Tak Terpilih Lanjutkan Jurusan Perakaunan Di UM” – JPT

Detail juga data ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wee Ka Siong (Facebook) & KPT
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menjelaskan pelajar lepasan STPM, Edward Wong Yi Xian telah ditawarkan tempat berdasarkan merit dan program pilihannya

Dalam satu kenyataan, jabatan itu menjelaskan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu memohon program perakaunan di empat universiti awam sahaja, bukannya enam seperti dakwaannya.

Difahamkan, walaupun calon itu mencapai jumlah markah merit 99.9%, dengan PNGK 4.0 dan 9.9 daripada 10 dalam aktiviti kokurikulum, pelajar tersebut telah menduduki tempat ke-1,129 daripada 2,291 pemohon untuk program perakaunan Universiti Malaya (UM), pilihan utamanya.

"Proses pemilihan sistem itu menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian dalam bidang seperti Strategi & Organisasi, Pemasaran, Kewangan, Operasi, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan Islam atau Analitis Perniagaan di universiti penyelidikan terkemuka, yang merupakan pilihan kelimanya.

"Calon ditawarkan tempat berdasarkan merit dan pilihan programnya, sama seperti calon lain," kata JPT.

Berikut adalah kedudukan permohonan Wong untuk program perakaunan yang dipohonnya:

  • UM: Daripada 2,291 pemohon yang layak, 1,127 mempunyai skor merit 100%. Wong menduduki tempat ke-1,129, dan UM hanya mempunyai 85 tempat tersedia.
  • Universiti Putra Malaysia (UPM): Daripada 4,154 pemohon yang layak, 1,718 mempunyai markah merit 100%. Calon itu menduduki tempat ke-1,724 dan UPM mempunyai 100 tempat tersedia.
  • Universiti Utara Malaysia (UUM): Daripada 2,595 pemohon yang layak, 1,282 mempunyai markah merit 100%. Calon itu menduduki tempat ke-1,288, dan UUM mempunyai 350 tempat tersedia.
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Daripada 2,292 pemohon yang layak, 1,060 mempunyai markah merit 100%. Calon itu menduduki tempat ke-1,062, dan UTM mempunyai 55 tempat tersedia.


Ramai calon dikatakan telah mencapai PNGK 4.0 dengan skor merit 100%, di mana markah merit 99.9% Wong adalah lebih rendah berbanding calon lain.

JPT menafikan dakwaan kelemahan dalam sistemnya, dengan menegaskan bahawa sistem dalam talian Unit Pusat Universiti (UPU) direka mengikut set pemarkahan merit bagi setiap kursus dan program.

SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Tinggi (Facebook)

Dalam kenyataan yang sama, JPT mendedahkan bahawa 1,255 lepasan STPM mencapai PNGK 4.0, terdiri daripada 71 calon daripada aliran Sains dan 1,184 daripada aliran Sastera

Daripada jumlah tersebut, 1,249 orang calon telah ditawarkan penempatan.

JPT berkata, empat calon yang masih belum menerima tawaran menghadapi masalah teknikal dengan keputusan Malaysian University English Test (MUET) tetapi langkah sedang diambil untuk memprosesnya. Jabatan itu kini sedang berusaha menghubungi dua calon yang tinggal.

Bagi graduan diploma atau setaraf dengan PNGK 3.99 yang tidak mendapat tempat di mana-mana universiti awam, JPT berkata beberapa faktor boleh menyumbang:

  • Calon memilih program yang tidak setaraf dengan bidang pengajian diploma mereka. Contohnya, termasuk pemegang Diploma Seni Kulinari yang memohon Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Fesyen/Industri Kreatif, atau pemegang Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan yang memohon Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel.
  • Calon tidak memenuhi syarat program tertentu, seperti mendapat kepujian dalam mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tertentu seperti Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Dokumen permohonan tidak lengkap. Contohnya, skrol atau pengesahan tamat pengajian tidak dilampirkan.


"Bagi kes sebegini, calon dinasihatkan menggunakan tempoh rayuan yang dibuka mulai 5 September hingga 14 September," menurut kenyataan itu.

JPT menambah, pemohon yang tidak berjaya boleh menghadiri sesi rundingan dengan pegawai UPU dari 8 hingga 12 September di lobi JPT di Putrajaya.

SAYS.com

Wong (kiri) dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam sebuah sidang media pada Isnin, 8 September.

Image via Wee Ka Siong (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: