Ini Punca Mengapa Perokok Di Malaysia Mengalami Masalah Ingatan Dan Kesan Buruknya
Berita baiknya ialah berhenti merokok boleh membantu melindungi otak anda daripada mengalami masalah ingatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, merokok telah lama dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuklah penyakit seperti jantung, kanser paru-paru dan masalah pernafasan
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi kognitif, terutamanya ingatan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer's Disease (2019), perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mengalami kemerosotan kognitif sederhana yang boleh menjadi pendahulu kepada penyakit Alzheimer.
Untuk pengetahuan anda, kemerosotan kognitif boleh berlaku dalam pelbagai tahap, daripada yang ringan hingga yang teruk. Dalam kes yang ringan, perubahan mungkin bersifat halus dan tidak memberi kesan ketara terhadap kehidupan seharian.
Walau bagaimanapun, dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan demensia, seperti penyakit Alzheimer, yang secara signifikan menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfungsi secara bebas.
Dalam pada itu, kajian oleh American Heart Association (2021) pula mendapati bahawa perokok kronik mengalami kadar pengecutan hippocampus yang lebih tinggi.
Untuk rekod, hippocampus adalah bahagian otak yang bertanggungjawab untuk menyimpan dan memproses ingatan.
Lebih buruk lagi, merokok mempercepatkan proses penuaan otak, meningkatkan risiko demensia dan masalah daya ingatan yang serius.
Untuk artikel kali ini, kami rangkumkan tentang punca dan kesan merokok dengan masalah ingatan yang sering dialami dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara sebab yang sering disebut ialah:
Kurang aliran darah untuk sampai ke otak
Merokok merosakkan saluran darah dan mengurangkan aliran darah ke seluruh badan, termasuk otak.
Ini boleh menjejaskan penghantaran oksigen dan nutrien penting yang diperlukan untuk fungsi otak yang optimum, termasuk ingatan.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa merokok boleh menyebabkan perubahan struktur di dalam otak, seperti pengecutan hippocampus, kawasan otak yang penting untuk ingatan.
Bahan kimia yang berbahaya
Menurut laporan National Cancer Institute (NCI), Amerika Syarikat, rokok mengandungi ribuan bahan kimia toksik yang boleh merosakkan otak dan sistem saraf, seterusnya menjejaskan ingatan dan keupayaan kognitif yang lain.
Asap rokok yang terhasil daripada proses pembakaran mengandungi lebih daripada 6,000 jenis bahan kimia, termasuk karsinogen—bahan penyebab kanser.
Selain itu, bahan kimia dalam rokok juga boleh merosakkan neuron dan mengganggu penghantaran isyarat di dalam otak, yang penting untuk fungsi ingatan dan tumpuan.
Merokok turut mencetuskan keradangan kronik di seluruh badan, termasuk otak. Keradangan ini boleh merosakkan sel-sel otak, sekali gus menjejaskan fungsi kognitif dalam jangka panjang.
Menurut Dr. Tom McGrath, Ketua Global Pembakaran & Sains Produk , tahap bahan kimia berbahaya dan berpotensi berbahaya dalam asap rokok juga meningkat.
Asap rokok dan aerosol dari sistem pemanasan tembakau (THS) adalah sangat berbeza. Oleh kerana THS tidak membakar, tahap pengurangan bahan kimia berbahaya dan berpotensi berbahaya sebanyak 90 hingga 95 peratus secara purata berbanding asap rokok.
Sebaliknya, bahan kimia berbahaya yang dihasilkan daripada pembakaran tembakau dalam rokok tradisional adalah penyebab penyakit berkaitan rokok dan bukannya nikotin. Walaupun nikotin menyebabkan ketagihan, ia bukan punca utama penyakit berkaitan merokok.
Kesan jangka panjang merokok terhadap otak tidak boleh dipandang remeh
Berhenti merokok memang bukan mudah, tetapi ia adalah salah satu keputusan terbaik yang boleh anda buat untuk kesihatan diri sendiri.
Malah, ia langkah penting untuk melindungi kesihatan otak dan mencegah penurunan ingatan anda.
Bagi mereka yang sukar untuk berhenti merokok sepenuhnya, terdapat alternatif yang berpotensi kurang berbahaya di pasaran.
Ingatan anda adalah aset berharga. Lindungi ia dengan membuat pilihan yang bijak untuk kesejahteraan anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via