Ini Makna Sebenar Disebalik Logo VM2026 – “Gabungan Warisan, Kemajuan & Keunikan Malaysia”
Setiap elemen yang ada dalam logo ini mempunyai makna tersendiri.
Cover image via Tourism MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Tourism Malaysia.
Umum sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ini memang berada di kelas tersendiri!
Bukan sekadar cantik di mata, tapi penuh dengan elemen yang mencerminkan budaya, keindahan alam dan kemajuan negara kita.
Tak percaya? Jom kita kupas satu per satu apa yang menarik tentang logo ini!
Image via Tourism Malaysia
Setiap elemen yang ada dalam logo ini ada makna tersendiri. Bunga Raya, sebagai bunga kebangsaan Malaysia, melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat.
Dari segi mesej, logo ini nak tunjukkan bahawa Malaysia adalah tempat yang kaya dengan budaya, keindahan alam semula jadi dan kemajuan teknologi.
Manakala dari segi rekaan yang diilhamkan dari batik pula melambangkan perpaduan dan tradisi lima kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bukan itu sahaja, beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi VM2026. Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Dengan tagline ikonik 'Malaysia, Truly Asia', logo ini mengukuhkan lagi imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Setiap elemen dalam logo ini bagaikan penceritaan visual tentang apa yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa di mata pelancong. Serius, kalau tak terokai Malaysia, memang rugi!
Malaysia bakal jadi tumpuan dunia
Pelancaran logo VM2026 ni memang tepat pada masanya! Dengan persediaan hebat termasuk peningkatan infrastruktur dan pelbagai tarikan pelancongan baru, Malaysia dijangka bakal menerima lonjakan pelancong yang lebih tinggi menjelang 2026.
Bukan sahaja sektor pelancongan yang bakal berkembang, malah ekonomi negara pun akan dapat manfaat besar dari segi industri perhotelan, perkhidmatan dan industri kreatif.
So guys, dah ready ke nak explore keindahan Malaysia dalam kempen Visit Malaysia 2026?
Pastikan anda stay tuned untuk lebih banyak info menarik tentang kempen ini! Layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

