Ini Lokasi Berpuasa Paling Panjang & Terpendek Di Dunia Untuk Ramadan 2026
Tahun depan boleh plan puasa kat tempat-tempat ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hampir 90 peratus penduduk dunia yang tinggal di Hemisfera Utara menghadapi bilangan jam puasa yang lebih pendek tahun ini
Menerusi laporan Al Jazeera, penduduk di kawasan itu berpuasa paling singkat, antara kira-kira 12 hingga 13 jam pada hari pertama disebabkan musim sejuk di Hemisfera Utara.
Berbeza pula dengan masyarakat muslim di negara-negara selatan seperti Chile, New Zealand dan Afrika Selatan berpuasa paling lama.
Tempoh itu berlangsung sekitar 14 hingga 15 jam pada hari pertama. Bagaimanapun, bilangan jam puasa akan berkurangan sepanjang bulan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via ITU TOMERBerikut ialah lima lokasi tempoh berpuasa paling lama dan terpendek untuk hari pertama Ramadan tahun ini
Lima tempat adalah tempoh berpuasa paling lama untuk hari pertama Ramadan tahun ini:
– Christchurch, New Zealand (15 jam 22 minit)
– Puerto Montt, Chile (15 jam 13 minit)
– Canberra, Australia (14 jam 48 minit)
– Montevideo, Uruguay (14 jam 42 minit)
– Buenos Aires, Argentina (14 jam 42 minit)
Lima tempat adalah tempoh berpuasa paling pendek untuk hari pertama Ramadan tahun ini:
– Paris, Perancis (11 jam 33 minit)
– Nuuk, Greenland (11 jam 42 minit)
– Reykjavik, Iceland (11 jam 42 minit)
– Moscow, Rusia (11 jam 44 minit)
– Helsinki, Finland (11 jam 44 minit)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 