Ini Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan RM100 SARA Anda Menerusi Nombor MyKad
Amacam, korang layak ke tak?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menerusi pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas, rakyat Malaysia bakal menerima bantuan one-off bernilai RM100
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Duit bantuan ini boleh mula digunakan bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
Jika tidak digunakan, ia akan luput dan baki akan diagih semula kepada golongan rentan melalui program lanjutan.
Bagi memastikan anda layak untul menerima bantuan RM100 ini, anda sudah boleh mula untuk membuat semakan.
Jom tengok cara-caranya:
1. Layari laman web MyKasih dan tekan butang 'semak kelayakan' berwarna merah yang terpapar.

2. Anda akan dibawa ke laman seterusnya iaitu Semakan Status. Di situ anda perlu masukkan nombor kad pengenalan tanpa meletakkan simbol (-).

3. Setelah masukkan nombor kad pengenalan tekan butang 'semakan status dan anda akan dibawa ke laman seterusnya yang menunjukkan sama ada anda layak ataupun tidak.

4. Anda juga boleh menyemak senarai kedai dengan menekan butang 'senarai kedai' bagi memudahkan urusan anda tanpa perlu risau barangan yang boleh dibeli dengan SARA tidak tersedia di kedai.

5. Anda juga boleh semak melalui terminal di premis berdekatan
- Pergi ke kedai runcit atau pasar raya yang menyokong penggunaan MyKad untuk transaksi bantuan kerajaan.
- Serahkan MyKad di kaunter untuk semakan baki RM100.
- Juruwang akan maklumkan jumlah bantuan yang tersedia.
Cara tebus barangan guna kredit RM100
- Pilih Barangan Keperluan
Anda boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad. - Tukar Nombor Pin Sementara
Buat pengguna kali pertama anda akan diminta menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 