Ini Cara Mudah Guna MySejahtera Setiap Kali Ke Klinik Kesihatan – “Book Awal!”

Tak adalah panik nak check-in nanti!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mungkin ramai yang sudah perasan, kini kita perlu menggunakan aplikasi MySejahtera setiap kali datang ke premis kesihatan kerajaan

Namun, tidak semua lagi mahir menggunakan aplikasi ini sehingga menyebabkan berlaku kerumitan sebelum mendapat perkhidmatan.

Jadi untuk memudahkan urusan, ini beberapa langkah awal yang anda boleh amalkan sebagai persediaan:

1. Buka MySejahtera sebelum masuk ke klinik

Jika anda baru nak buka aplikasi bila sudah masuk klinik, anda mungkin boleh hadapi beberapa masalah:

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah:

  • Buka MySejahtera awal-awal
  • Pastikan dah login
  • Pastikan internet sudah dibuka (data lebih selamat dari WiFi klinik)

2. Scan kod QR klinik

  • Tekan bahagian 'Appointments'
  • Tekan 'Check-in'
  • Tekan nama anda yang tertera
  • 'Scan QR' di MySejahtera
  • Imbas kod yang biasanya tampal dekat pintu atau kaunter


Jika klinik tersebut tak memerlukan scan QR, tak perlu panik, teruskan sahaja ke masuk ke dalam.

Anda juga boleh gunakan aplikasi MySejahtera untuk tempahan janji temu. Pilih sahaja waktu dan lokasi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian diri.

SAYS.com
Image via MySejahtera
SAYS.com
Image via MySejahtera

3. Tunjukkan profil MySejahtera bila diminta

Biasanya kaunter akan minta:

  • Nama penuh
  • Nombor IC


Daripada sebut satu-satu, anda boleh:

  • Tekan butang 'Profile' pada penjuru kiri atas
  • Tunjuk terus pada staf klinik


Cepat, kurang silap, dan tak perlu ulang sebut nombor IC.

4. Untuk ibu bapa, guna akaun 'Dependents'

Jika bawa anak-anak:

  • Buka aplikasi MySejahtera
  • Pilih 'Dependents'
  • Pilih nama anak yang nak dapatkan rawatan


Ini penting sebab:

  • Rekod rawatan anak akan masuk akaun betul
  • Tak bercampur dengan rekod penjaga
SAYS.com
Image via MySejahtera

5. Lepas rawatan, semak rekod

Tak semua klinik kemas kini, tapi ada klinik yang akan rekodkan lawatan dalam sistem MySejahtera pada bahagian 'Health Records'.

Boleh semak:

  • Tarikh rawatan
  • Jenis rawatan
  • Klinik yang dikunjungi


Benda ini berguna jika anda:

  • Tukar klinik
  • Rujukan ke hospital
  • Nak track rawatan sendiri
SAYS.com
Image via MySejahtera

MySejahtera bukan sekadar aplikasi 'tinggalan COVID', kalau guna dengan betul, urusan klinik boleh jadi lebih cepat, senang dan lebih teratur!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: