Ini Beza Air Mineral, Minuman, Tapisan & Yang Dimasak – “Jangan Main Minum Je!”
Geng air masak where you at?
Cover image via @bangbay__ (X) & The NamibianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai antara kita mungkin tak sedar, tapi air yang kita minum hari-hari sebenarnya datang dari sumber dan proses yang sangat berbeza
Dekat rumah, ada yang bergantung kepada penapis air, ada juga orang lebih suka air masak. Kalau keluar, beli air botol, tapi kadang pilih yang ada tulis 'air mineral', kadang beli 'air minuman'.
Nampak sama, rasa pun lebih kurang, tapi mana satu sebenarnya lebih baik untuk kesihatan? Atau, adakah semua pun lebih kurang je?
Dalam artikel ni, kita akan terangkan dengan ringkas dan mudah tentang empat jenis air yang paling biasa kita jumpa dari segi sumber, proses, kandungan dan kesan kepada badan.
Lepas baca nanti, barulah senang nak pilih mana satu yang sesuai ikut gaya hidup dan keperluan masing-masing.

Apa itu air mineral?
Air mineral datang dari sumber semula jadi dan mengandungi mineral yang tak ditambah secara buatan.
Biasanya, air mineral diambil dari mata air bawah tanah atau kawasan pergunungan yang kaya dengan mineral semula jadi seperti kalsium, magnesium dan potassium. Sumber ini perlu diluluskan dan dilabel sebagai "air mineral semula jadi" oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Yang penting, kandungan mineral dalam air ni tidak diubah, ia dibotolkan dalam bentuk asal selepas melalui penapisan fizikal untuk buang kekotoran. Tapi rasa dan bau mungkin berbeza ikut lokasi sumber.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Le MineraleKebaikan utama air mineral:
- Kandungan mineral asli yang boleh menyokong kesihatan tulang dan otot
- Sesuai untuk orang yang aktif, sebab ada elektrolit semula jadi
- Tiada bahan kimia tambahan
Tapi hati-hati juga:
- Sesetengah air mineral ada kandungan natrium yang tinggi, tak sesuai untuk individu yang ada masalah tekanan darah tinggi
- Kebiasaannya lebih mahal
Apa pula air minuman?
Air minuman ialah air yang telah diproses untuk dijadikan selamat diminum, biasanya dari air paip atau air mentah lain.
Air jenis ini melalui proses rawatan seperti penapisan, penyulingan atau osmosis songsang (reverse osmosis). Kadangkala, pengeluar akan tambahkan mineral semula untuk seimbangkan rasa dan kandungan nutrien. Dalam label, selalunya tertulis "mineral ditambah semula".
Air minuman ni biasanya lebih "kosong" dari segi kandungan mineral jika dibanding dengan air mineral asli. Tapi dari segi keselamatan dan kebersihan, ia sangat dikawal ketat dan selamat diminum.

Gambar sekadar hiasan.
Image via CBC News (YouTube)Kelebihan air minuman:
- Harga lebih murah dan mudah didapati
- Tidak mengandungi mikroorganisma berbahaya
- Sesuai untuk semua peringkat umur dan keadaan kesihatan
Kekurangannya:
- Tidak ada mineral semula jadi, atau sangat sedikit
- Kadangkala rasa agak 'flat' berbanding air mineral
Bagaimana pula dengan air masak?
Air masak dianggap sebagai tradisi lama yang masih relevan, tapi perlu dididih dengan betul.
Kebiasaannya air masak merupakan air paip yang telah dididihkan, sesuatu amalan paling lama dan biasa digunakan di rumah sebelum penggunaan penapis air menjadi norma bagi kebanyakan orang.
Meskipun ia mendidih membunuh bakteria, tetapi ia berkemungkinan tidak membuang logam berat atau bahan kimia seperti klorin. Jadi keberkesanannya bergantung pada kualiti air paip tempatan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KOMPAS.comKelebihan:
- Mudah, murah dan tidak perlukan peralatan canggih
- Memastikan air bebas bakteria jika dididih dengan betul (100°C, minimum 1–2 minit)
Kekurangan:
- Tidak menapis bahan pencemar bukan biologikal
- Boleh jadi kurang bersih jika sumber air paip tercemar
Macam mana dengan air daripada penapis air di rumah?
Air dari penapis air bergantung pada jenis dan teknologi penapis yang digunakan.
Di Malaysia, ramai pengguna rumah guna sistem penapis seperti karbon aktif, seramik, UV, atau sistem osmosis songsang. Setiap jenis ini berfungsi untuk buang klorin, logam berat, bakteria dan bahan cemar lain daripada air paip.
Namun, bergantung pada sistem, ada penapis yang turut buang mineral baik seperti kalsium dan magnesium. Ada juga yang menambah semula mineral melalui cartridge khas (biasanya model yang lebih mahal).

Gambar sekadar hiasan.
Image via Consumer VoiceKelebihan penapis air:
- Senang & jimat dalam jangka masa panjang
- Boleh tapis air mengikut keperluan kesihatan (eg: fluoride, logam berat)
- Tak perlu beli botol plastik = mesra alam
Tapi bukan semua penapis sama:
- Ada yang kurang berkesan kalau tak diselenggara dengan baik
- Kos awal agak tinggi, bergantung pada jenama dan fungsi
- Perlu ganti filter berkala untuk jamin kebersihan
Jadi, mana satu yang 'paling sihat'?
Jawapannya bergantung pada keperluan individu.
Kalau anda banyak berpeluh dan aktif, air mineral mungkin pilihan lebih baik sebab ia bantu ganti elektrolit yang hilang. Tapi kalau anda ada isu kesihatan tertentu, seperti tekanan darah tinggi, elok elakkan air yang tinggi natrium.
Air minuman biasa dah cukup baik untuk majoriti pengguna. Ia bersih, selamat dan murah. Cuma kalau anda mementingkan rasa atau kandungan mineral semula jadi, mungkin boleh pertimbang air mineral atau tambah sistem penapis yang mengekalkan mineral.
Kalau anda nak jimat dan guna sumber air bersih, air masak masih boleh digunakan, asalkan air paip tidak tercemar.
Dan kalau anda nak kawal sendiri apa yang masuk ke dalam badan, penapis air dengan sistem lengkap boleh jadi pelaburan yang berbaloi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



