Ini 5 Tiramisu Viral Wajib Cuba Sekali Dalam Seumur Hidup – "Dijamin Sedap & Berbaloi!"

Admin craving tiramisu dah ni.

Cover ImageCover image via @bestfoodmy (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memandangkan sekarang tengah musim Tiramisu, banyak kafe dan peniaga lokal tidak melepaskan peluang untuk menjual pencuci mulut viral ini

Tidak dinafikan, tiramisu memang sedap kalau dimakan sejuk-sejuk dan ia boleh juga dijadikan sebagai buah tangan buat yang tersayang dan mampu mengukir senyuman di bibir mereka.

Tak percaya? Cuba bagi dekat pasangan atau kawan korang, mesti diaorang tersengih sampai ke telinga!

Okay lah, kali ini kami akan kongsi top 5 tiramisu yang menjadi rebutan ramai sekarang. Korang dah bersedia nak beratur panjang?

Image via GIPHY

1. The Coffee Bean & Tea Leaf

The Coffee Bean & Tea Leaf mengeluarkan edisi Tiramisu for Two dengan harga RM25 sahaja!

Korang boleh mendapatkannya di cawangan berdekatan, tetapi difahamkan buat masa ini stok agak terhad dan mereka hanya menyediakan Tiramisu pada hari-hari tertentu mengikut cawangan.

2. Ramly

Haa, mesti ramai yang tak tahu sebenarnya Ramly pun ada keluarkan Tiramisu Cheese Cake tau! Harganya pula murah, RM5.50 sahaja setiap satu.

Walaupun saiznya kecil, ramai yang kata Tiramisu Cheese Cake Ramly ini sedap dan tak berapa muak. Bolehlah untuk makan kudap-kudap. Selain Tiramisu, mereka juga ada jual perisa lain seperti Chocolate, Blueberry dan Lemon.

3. Bienz

Dekat Wangsa Maju, orang akan cari kafe Bienz untuk cuba sendiri kesedapan Tiramisu mereka. Dengan harga RM28 sebekas, ia memang sangat berbaloi kerana portion nya juga banyak. Puas hati kalau makan!

Kalau korang tengok review daripada pelanggan, majoriti cakap Tiramisu Bienz ni antara yang paling sedap mereka pernah makan. Apa tunggu lagi? Cubalah sekarang!

4. Gula Cakery

Gula Cakery adalah salah satu kafe yang menyediakan banyak dessert sedap-sedap dan rasanya dijamin tidak mengecewakan! Harganya hanya RM24 sebekas dan ada juga versi Chef's Signature.

"Those yang teringin nak makan tiramisu please lah try Gula Cakery punya tiramisu. Berbaloi! First suap I rasa nak nangis sebab rasa dia syahduuuu sedap sangat," kata salah seorang pembeli.

5. Since Then

Terletak di Jalan Liku Bangsar, Since Then merupakan kafe hipster yang menawarkan keselesaan kepada pelanggan mereka untuk menikmati makanan dengan view yang estetik.

Tiramisu mereka juga menjadi rebutan ramai kerana harganya bawah RM20 tetapi rasanya sangat premium! 

Tiramisu lovers, jangan lupa cuba semua Tiramisu di atas dan kongsi rate korang dengan kami okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: