Ini 5 Minyak Telon Yang Bagus Untuk Melegakan Kembung Perut Si Manja, Bau Pun Wangi
Boleh bantu anak tidur lena.
Masalah kembung perut sering terjadi kepada bayi berumur bawah satu tahun
Image via Mediacorp
Sejujurnya, apabila anak kembung perut, sudah tentu ibu dan ayah akan risau betul tak? Kadangkala, pening juga memikirkan bagaimana mengatasi masalah ini yang membuatkan anak tidak selesa.
Perut si kecil juga boleh menjadi masuk angin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah.
Untuk perkongsian kali ini, kami akan menyenaraikan lima minyak telon yang bagus untuk melegakan kembung perut si kecil.
Jom lihat antara lima minyak telon terbaik untuk bayi anda di bawah:
1. My Baby Minyak Telon Plus Eucalyptus
Image via Carousell
Minyak telon ini mempunyai bau yang sangat wangi dan segar. Ia menjadi pilihan ramai ibu di luar sana kerana ia membantu bayi rasa selesa dan warm selepas disapu di badan. Ia bukan saja boleh sapu di perut, malah boleh juga disapu pada betis bayi.
Anda boleh beli di sini.
2. Minyak Telon Bebiku
Image via Facebook
Selain membantu bayi rasa hangat dan nyaman, minyak telon Bebiku ini juga dapat menghindari bayi dari terkena gigitan nyamuk. Kalau anda teringin bawa anak untuk bercuti di kawasan hutan, anda boleh lah cuba sapukan minyak ini pada mereka.
Anda boleh beli di sini.
3. Minyak Telon Sari Ayu
Image via Shopee
Minyak telon Sari Ayu ini juga popular dalam kalangan para ibu di luar sana. Kawasan yang digalakkan untuk disapukan minyak telon ini adalah pada bahagian perut, dada dan punggung si kecil selepas mandi. Mesti anak tidur nyenyak je nanti.
Anda boleh beli di sini.
4. Dekpi Minyak Telon Bidara Lemon
Image via Lazada
Antara kelebihan minyak telon bidara ini adalah boleh melegakan hidung tersumbat akibat selsema, membantu melembapkan kulit bayi serta menghindari bayi dari gangguan luar. Baunya pula sudah semestinya segar dan wangi.
Anda boleh beli di sini.
5. Minyak Telon JMK
Minyak telon ini diperbuat di Indonesia. Asalnya, kilang minyak telon Nyonya Meneer telah tutup dah bisnes diteruskan oleh cucu kepada beliau dengan jenama JMK. Ia diperbuat dari bahan semula jadi, berbau wangi dan tidak panas.
Anda boleh beli di sini.
Image via Shopee
Sentiasa sapukan minyak telon ini pada si manja supaya mereka tidak mudah kembung perut dan meragam okay mommies? 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 