Ini 5 Cara Untuk Anda Tangani Rasa Bahang Ketika Cuaca Panas Melanda

Sejak dua menjak ni rasa bahang tu memang tak rilek!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hai Bunda & Utusan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia ketika ini sedang melalui fenomena biasa yang berlaku di luar fasa peralihan monsun iaitu keadaan cuaca panas dan kering tidak menentu

Dengan keadaan cuaca seperti ini, sememangnya akan beri kesan keletihan kepada diri, terutamanya jika anda menghabiskan masa di luar rumah. Apabila haba meningkat, ia boleh menyebabkan anda mudah mengalami dehidrasi atau suhu badan meningkat.

Serangan haba boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius malah boleh membawa maut seperti strok haba. Ia juga boleh menimbulkan kecemasan secara tiba-tiba seperti serangan jantung dan strok serta boleh memburukkan lagi masalah kesihatan sedia ada, seperti penyakit buah pinggang atau paru-paru.

Jadi, bagi mencegah daripada berlakunya perkara yang tidak diingini semasa musim panas, kami kongsikan kepada anda lima cara yang anda boleh lakukan sendiri untuk menyesuaikan diri dengan suhu panas ketika ini.

Image via null

1. Pilih pakaian yang sesuai jika anda keluar rumah

Pilih pakaian longgar yang diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti kapas atau linen. Material pakaian ini penting bagi membenarkan udara mengalir dengan mudah antara fabrik dengan badan anda.

Dengan menggunakan pakaian seperti ini, ia dapat membantu peluh menyejat dengan lebih mudah manakala pakaian yang ketat akan memerangkap haba dan hasilkan kelembapan.

Selain itu, anda boleh cuba untuk memakai pakaian berwarna terang seperti putih atau pastel di mana ia sangat membantu untuk memantulkan cahaya matahari dan menghilangkan haba. Pemakaian pakaian yang berwarna gelap akan menyerap haba, membuatkan anda berasa lebih panas.

Gambar sekadar hiasan.

Image via hrmasia

2. Rendamkan kaki ke dalam air yang sejuk

Cara cepat dan terbukti untuk mengeluarkan haba dan menyejukkan badan anda adalah dengan merendam kaki ke dalam air yang sejuk.

Memandangkan kaki adalah sebuah anggota badan yang mempunyai banyak kelenjar peluh dan saluran darah berdekatan dengan permukaannya, ia dapat membantu dengan baik untuk mengeluarkan haba dari badan.

Merendamkan kaki anda ke dalam air sejuk membantu menurunkan suhu badan keseluruhan dengan cepat. Cubalah sendiri kalau tak percaya!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alfin Auzikri/Pexels

3. Menurunkan suhu dengan 'kuasa' penyejukan penyejatan

Cara mudah untuk menyejukkan badan adalah dengan membasahkan tuala kecil dan letakkannya di leher atau bahu anda. Apabila air menyejat, ia akan menghilangkan haba dari kulit dalam masa yang sama akan beri rasa sejuk kepada badan.

Cara yang lain adalah dengan bilaskan badan dengan air beberapa kali dalam satu hari. Pastikan anda memberi tumpuan untuk menyejukkan kawasan badan di mana anda boleh merasakan nadi anda dengan mudah, seperti pergelangan tangan, leher dan buku lali.

Anda juga boleh menggunakan air untuk menyejukkan udara di sekeliling kawasan rumah. Cara paling mudah adalah dengan mengisi air ke dalam bekas yang besar kemudian letakkan di tempat yang sesuai di mana ia boleh membantu menyejukkan kawasan itu apabila air menyejat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Halodoc

4. Fahami cara aliran udara berfungsi untuk menyejukkan rumah anda

Untuk menyejukkan rumah anda, cuba buka tingkap di bahagian yang berlainan supaya dapat mewujudkan aliran angin silang (cross breeze). Jika anda mempunyai kipas, letakkan kipas tersebut menghala ke luar di tingkap yang bertentangan bagi membantu menolak udara panas keluar dari bilik, dan bukannya sekadar mengedarkan udara panas di dalam ruang.

Selain itu, ingat juga bahawa udara panas cenderung naik ke atas. Jadi, sekiranya rumah anda mempunyai lebih daripada satu tingkat atau siling yang tinggi dengan bukaan seperti tingkap kecil di atas pintu atau pintu yang terbuka di bahagian atas, cuba buka tingkap di bahagian bawah rumah. Ini akan membolehkan udara yang lebih sejuk masuk dari bawah dan menolak udara panas naik ke atas serta keluar melalui bukaan yang lebih tinggi, sekali gus menghasilkan aliran udara semula jadi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

5. Hentikan kemasukan haba sebelum memenuhi ruangan rumah

Walaupun langsir dan bidai di dalam rumah dapat membantu sedikit, cara terbaik untuk menghalang haba daripada masuk adalah dengan mengelakkan cahaya matahari daripada menyinari terus ke tingkap dan dinding rumah.

Gunakan elemen luaran seperti kanopi atau menanam pokok menjalar dan tumbuhan tinggi berhampiran tingkap yang menerima banyak cahaya matahari.

Memasang tinted pada tingkap juga dapat mengurangkan dengan ketara jumlah haba daripada cahaya matahari yang masuk ke dalam rumah.

Bumbung rumah juga menyerap banyak haba. Oleh itu, pastikan bumbung mempunyai penebat haba yang baik serta pengaliran udara yang mencukupi di ruang bumbung sama ada melalui penggunaan ventilasi atau alat pengudaraan berputar seperti whirlybird supaya haba tidak meresap ke dalam ruang kediaman.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Akubiomed

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: