Indonesia Umum Tukar Ejaan Nama Bagi 10 Negara Ini Untuk Kegunaan Rasmi
Difahamkan, penyeragaman ejaan ini penting untuk memastikan konsistensi dalam rujukan geografi global.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Indonesia telah mengumumkan penyelarasan baharu untuk ejaan rasmi bagi 10 nama negara
Menerusi laporan Buletin TV3, perkara ini merupakan sebahagian daripada usaha penyeragaman nama geografi berasaskan kaedah bahasa Indonesia dan senarai eksonim yang dikemuka negara itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut dokumen rasmi yang digunakan dalam pemetaan standard Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI), senarai eksonim terbabit dirangka oleh Badan Informasi Geospasial (BIG) bersama Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Luar Negeri, serta pakar linguistik Universitas Indonesia.
Dokumen itu turut dihantar ke sesi United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN) di New York dari 28 April hingga 2 Mei 2025.
BIG menjelaskan langkah ini bertujuan memastikan ejaan konsisten dalam semua dokumen rasmi kerajaan, komunikasi diplomatik, bahan pendidikan, media serta peta nasional.
Penyesuaian dilakukan berdasarkan prinsip ortografi dan fonologi bahasa Indonesia, selaras keperluan bagi memudahkan pelafalan serta memastikan keseragaman dalam rujukan geografi antarabangsa.

Berikut merupakan 10 negara yang terlibat:
- Thailand → Tailan
- Cabo Verde → Tanjung Hijau
- Djibouti → Jibuti
- Kyrgyzstan → Kirgistan
- Liechtenstein → Liktenstin
- Paraguay → Paraguai
- Slovakia → Slowakia
- Slovenia → Slowenia
- Seychelles → Seisel
- Sierra Leone → Siera Lioni
Perubahan mengambil kira ketidakwujudan beberapa gabungan huruf asing dalam sistem fonetik bahasa Indonesia, seperti "th" yang digantikan dengan "t", menjadikan ejaan Thailand → Tailan.
Hasil kajian teknikal itu kemudian digunakan dalam penyediaan peta rasmi NKRI dan produk geospatial yang lain.
Penyeragaman ini menjadi kesinambungan inisiatif Indonesia sejak 2019 ketika negara itu mula mengemukakan senarai eksonim ke UNGEGN, sebelum dikemas kini pada 2024 dan 2025 bagi memastikan ketepatan linguistik serta keseragaman antarabangsa.
Menurut BIG, penyeragaman ejaan ini penting untuk memastikan konsistensi dalam rujukan geografi global, selain mengukuhkan kedudukan bahasa Indonesia sebagai bahasa yang mempunyai sistem penamaan tersendiri dalam arena antarabangsa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 