Individu Salah Guna BUDI95 Bakal Dikenakan Sekatan MyKad & Kelayakan Subsidi Ditarik

Ia susulan tularnya video seorang individu mengisi petrol RON95 ke dalam bekas kosong di sebuah stesen minyak.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kewangan (MOF) bertegas akan melakukan sekatan terhadap kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi penyalahgunaan subsidi bahan api

Tindakan ini juga melibatkan pelucutan kelayakan pemilik kenderaan terbabit daripada terus menikmati manfaat Program BUDI95.

Perkara ini dimaklumkan susulan penularan satu video di media sosial memaparkan seorang individu mengisi petrol RON95 ke dalam tong atau bekas kosong di sebuah stesen minyak.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan MOF, hasil siasatan mendapati individu terlibat merupakan warga tempatan serta pemegang MyKad.

"Perbuatan itu jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah Program BUDI95 dan ini berpotensi menjejaskan usaha kerajaan dalam memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar serta berkesan.

"Susulan itu, MOF akan mengambil tindakan dengan menyekat kad pengenalan yang telah digunakan dalam transaksi tersebut serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati BUDI95," menurut kenyataan itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membendung kegiatan terbabit

Menurut MOF, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi.

"Khususnya dalam ketidaktentuan situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api.

"Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membendung aktiviti tidak bertanggungjawab ini.

"Kerajaan amat menghargai rakyat yang cakna dan menyalurkan aduan berhubung isu ini," kata MOF.

Orang ramai dialu-alukan untuk terus menyalurkan maklumat dan membuat aduan rasmi sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan penyaluran subsidi dengan menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI di talian 1300-88-9595 atau +603-2631 4595, selain emel kepada [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik