Individu Dipercayai Rakan Bisnes Spill Tea Dakwa Zahnita Play Victim & Jaja Kisah Dongeng?
Alamak, kenapa pula ni?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia tentang kisah pelakon, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sekali gus membuatkan ramai bersimpati terhadapnya
Namun begitu, seorang individu dipercayai bekas rakan bisnes Zahnita tiba-tiba mendedahkan cerita sebenar mengenainya semalam, 10 April.
Menerusi IG story yang dimuat naik di Instagram @neysahz, wanita tersebut mendakwa selama ini, Zahnita hanya mereka cerita sehingga menyebabkan suami dan anak-anaknya melalui fasa yang sangat sukar.
"Sejujurnya saya tak berminat lansung nak join masalah rumahtangga orang sebab kes mahkamah saya untuk kes tuntutan nafkah anak pun dah setahun tak selesai lagi.
"Tapi, untuk kes Zahnita Wilson ni saya terpaksa bersuara sebab saya orang terawal yang menyumbang financially untuk dia keluar dari rumah husbandnya.
"Dia dah planned lama even before dia viral lagi. Yes, dulu saya pun naive percaya dengan story dia," tulisnya.
Image via @neysahz (Instagram)
Image via null
Image via null
Dakwa cerita jadi mangsa keganasan rumah tangga tak betul, harap hak penjagaan anak-anak dapat kepada si ayah
"Kisah dongeng yang disajikan kepada satu dunia, adalah tidak benar. Saya turut bersimpati ke atas anak-anak, suami dan ibu mertua atas segala damage yang telah berlaku.
"Banyak lagi saya nak spill. You are ruining you daughter's future also Zayden the youngest. I always remind you, pergi seek treatment & diagnosed for Zayden. Other daughters pun i pity sikit. But i'm sure you have done ur best juga towards them.
"Your husband dah kerugian berpuluh ribu, anak-anak menanggung malu, mentally exhausted,. Apa yang sedang berlaku sekarang, kalau husband u masuk penjara sebab story you yang kononnya kena abuse tu (we know what happened), u think u can afford nak pay everything for ur kids?? Biznes u pun, u dah jatuhkan sendiri with your ego," tulisnya lagi.
Malah, wanita tersebut turut menafikan dia hanya ingin menumpang populariti Zahnita. Dia berkata hanya mahu menceritakan apa yang terjadi sebenarnya kerana tak nak orang ramai terus tertipu.
Image via @zahnita (Instagram)
Image via @neysahz (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 