Individu Derma Baju Melayu Terpakai Di Bazar Terima Pujian – “Terima Kasih Orang Baik”
Alhamdulillah, bagus dia buat macam ini.
Cover image via @mufarizam (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di bulan Ramadan yang mulia ini, ramai berebut-rebut mahu melakukan kebaikan dan mengejar pahala
Kita perlu bersyukur kerana masih dipertemukan dengan bulan Ramadan ini. Malah, banyak juga perkongsian berguna yang kita dapat lihat di media sosial pada bulan ini.
Antaranya seperti video yang tular di TikTok ini selepas seorang lelaki mengambil keputusan untuk mendermakan baju-baju Melayu terpakai miliknya.
Image via @mufarizam (TikTok)
Ramai puji sikap lelaki beri sumbangan percuma, ada yang mahu turut serta
Menerusi video di akaun TikTok @mufarizam, kelihatan seorang lelaki telah membuka booth kecil di sebuah bazar Ramadan berdekatan Taman Yayasan, Johor.
Di dalam video itu, lelaki berkenaan mahu memberikan sumbangan baju-baju Melayu terpakainya untuk disedekah kepada mereka yang memerlukan secara percuma sahaja.
Selain baju Melayu, dia juga turut memberikan jubah dan samping secara percuma. Tindakannya itu mendapat pujian ramai sehingga ada yang mahu menyertainya melakukan perkara tersebut.
Difahamkan, dia akan membuka booth di beberapa kawasan bazar Ramadan sekitar negeri Johor.
Image via @mufarizam (TikTok)
Image via @mufarizam (TikTok)
Image via @mufarizam (TikTok)
Image via @mufarizam (TikTok)
Image via @mufarizam (TikTok)
Lihat video di bawah:
Baru tak membazir buat macam ini, pahala pun dapat 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


