Individu Buang Sampah Merata Bakal Didenda Khidmat Masyarakat Mulai Januari 2026 – Nga Kor Ming

Perintah Khidmat Masyarakat ini menggantikan denda wang untuk pesalah buang sampah kecil.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perintah Khidmat Masyarakat tidak melebihi 12 jam dalam tempoh enam bulan terhadap pesalah kes pembuangan sampah kecil akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026

Menrusi laporan Bernama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata usaha itu bertujuan mendidik dan memberi keinsafan supaya orang ramai lebih peka terhadap kebersihan persekitaran di samping mencegah kesalahan berulang serta mengurangkan risiko pencemaran dan penyakit bawaan vektor seperti tikus, lalat dan nyamuk.

Menurutnya, pelaksanaan perintah itu bergantung kepada keputusan Mahkamah Majistret sama ada dilakukan dalam sehari atau dibahagikan kepada beberapa sesi mengikut tempoh jam.

"Sesiapa membuang sampah dari kereta, membuang puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman atau pembungkus makanan di tempat awam akan didenda memakai jaket khas serta mengutip sampah kecil di tempat awam, mencuci longkang serta mencuci tandas awam selama tempoh itu.

"Pendekatan ini bukan sahaja bersifat korektif malah membawa nilai insaniah yang tinggi dengan mendedahkan pesalah secara langsung kepada kesan perbuatan mereka terhadap alam sekitar," katanya.

SAYS.com

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tengah) dalam Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia (HCM) Peringkat Kebangsaan.

Image via Facebook

Sudah dikuatkuasakan di beberapa negara maju

Nga berkata Korea Selatan, Sweden, Singapura dan Jepun merupakan antara negara yang berjaya melaksanakan pendekatan serupa sekali gus membuktikan keberkesanannya dalam mendidik rakyat menunjukkan rakyat Malaysia juga mampu mempraktikkan dengan lebih baik.

Dewan Negara sebelum ini dilaporkan telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025, RUU Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025 serta RUU Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025.

Dalam pada itu, lebih 100,000 peserta terlibat dalam gotong-royong Hari Cuci Malaysia (HCM) Peringkat Kebangsaan yang diadakan serentak di seluruh negara bersempena program semalam yang turut menyasarkan pengumpulan minyak masak terpakai terbanyak, sekurang-kurangnya 3,000 kilogram sehari dalam usaha mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR).

Nga berkata objektif program tersebut antara lain untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kebersihan, kitar semula dan penjagaan alam sekitar, menggalakkan penyertaan menyeluruh merangkumi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti, institusi pendidikan dan individu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: