Individu Bengang Sikap Jiran Tak Ada Adab – “Nak Keluar Masuk Kena Alihkan Ampaian Dia”

Geram pula dengar cerita dia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hidup berjiran kita perlulah ada sifat bertolak ansur dan saling menolong

Malah, sebenarnya mereka inilah orang yang paling terdekat yang boleh membantu kita jika kita memerlukan pertolongan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsian selepas seorang individu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai jirannya.

Selamba letak ampaian baju depan rumah, dah tegur tapi tetap sama

Menerusi perkongsian di Facebook Negeri Sembilan kini, seorang individu berkongsi luahan hatinya terhadap jirannya yang tidak bertanggungjawab.

Menurut individu itu, jirannya selalu menghalang laluan di pintu masuk kawasan rumahnya, lebih-lebih sering menjemur pakaian di hadapan rumahnya.

Malah, dia terpaksa mengalihkan ampaian baju itu ketika mahu masuk dan keluarkan kenderaannya.

"Setiap kali nak masuk rumah atau keluar mesti ada ampaian dia kat sebelah bila kita tegur pergi rumah dia dia boleh cakap suruh kita alih sendiri kalau nak keluar, kau rasa macam mana? Nak keluar kereta kena alihkan ampaian nak masuk rumah kena alihkan ampaian. Depan rumah dia nak kosong.

"Saya bukan nak gaduh atau nk keruhkan keadaan sekurangnya bila pihak majlis atau berkuasa datang ada la kesedaran dari dia tu," katanya.

Bukan itu sahaja, meskipun sudah ditegur beberapa kali, namun jirannya itu tetap berdegil dan melakukannya. Dia juga ada membuat aduan pada pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil.

"2-3 kali saya buat aduan dalam sispa, ignore sampai sekarang, dia kata kalau saya nak report pergi la report budak-budak dia ramai dalam majlis tu. Kalau mcaam tu susah la saya mereka ada kenalan, abis yang tak da kenalan ni macam mana?," luahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: